web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASA Akan Diteruskan, Pastikan Industri Kreatif Tempatan Terus Berkembang - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 7:18AM

Annuar Musa hadir pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Anugerah Seri Angkasa (ASA) akan diteruskan pada masa akan datang dengan penambahan lebih banyak kategori termasuk media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata ASA ialah platform bagi menghargai penggiat industri kreatif tempatan.

“Mesti (teruskan program)…kita sudah hidupkan semula dan akan diteruskan dengan lebih meriah lagi… Saya puas hati bahawa semua orang gembira. Yang penting supaya industri penyiaran berkembang, makin ramai orang suka sertainya,” katanya kepada Bernama di sini, malam tadi. 

Annuar juga berpuas hati dengan penganjuran acara berprestij yang berlangsung dua hari bermula semalam itu.

Idea bagi penjenamaan semula ASA dicetuskan Annuar yang turut memperkenalkan Dana Kandungan Digital sebagai hadiah rebutan selaras dengan langkah di bawah Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan serta mengedar kandungan kreatif kepada pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam fasa pasca-COVID-19.

ASA dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM, yang dicetuskan Kementerian Penerangan pada 1972, bertujuan mengiktiraf penggiat penerbitan program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad