web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


63 Rakyat Malaysia Terkandas Di Arab Saudi Dijangka Pulang Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8:26PM

Sebahagian warga Malaysia yang berjaya diselamatkan dari sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi selepas bertolak ke negara itu untuk mengerjakan umrah sejak Jun lepas berkemungkinan dapat dibawa pulang minggu depan. 

Beliau berkata usaha membawa pulang jemaah terbabit yang terdiri daripada 28 orang dewasa dan 35 kanak-kanak sedang giat dilakukan termasuk menerusi perbincangan bersama Kedutaan Arab Saudi di sini dan pihak berkuasa di negara itu. 

"Mereka ke sana untuk mengerjakan umrah dan saya difahamkan timbul masalah. Bagaimanapun, butiran lengkap akan diumumkan kemudian kerana ia masih dalam rundingan... Cuma saya dapat mengesahkan yang kemungkinan besar kita boleh membawa mereka pulang," katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini hari ini. 

Pada awal bulan ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi kenyataan bersama mengesahkan kesemua rakyat Malaysia terkandas selepas dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah. 

Mereka bagaimanapun hanya berada di Madinah dan tidak pernah dibawa ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah itu manakala ketua kumpulan tarekat tersebut telah diusir oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas susulan pelanggaran undang-undang tempatan.

Pada sidang media itu, Saifuddin turut memaklumkan lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. 

Beliau berkata setakat semalam, Kementerian Luar Negeri merekodkan bahawa seramai 453 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan itu di Kemboja, Myanmar, Laos serta Thailand dan 269 orang daripada mereka telah dibawa pulang. 

Seramai 52 orang direkodkan masih berada di depot imigresen negara terbabit dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan 132 individu yang dilaporkan belum dapat dijejaki. 

Saifuddin juga berkata tujuh rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pelabur forex di sempadan Kemboja-Vietnam akan dibawa pulang ke tanah air hari ini. 

“Bagaimanapun, mereka tidak dikategorikan sebagai mangsa sindiket mengambil kira mereka bekerja secara sukarela dan bebas keluar masuk dari kawasan tempat kerja," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar