web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon PRU-15 Usah Sensasi Isu Agama, Kaum Demi Raih Laba Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 4:06PM

Parti politik atau calon turut digesa tidak mengamalkan budaya menyogok atau rasuah bagi mendapatkan sokongan pengundi, memandangkan ia dibimbangi terus menjadi amalan individu terbabit selepas memperoleh kuasa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diingatkan tidak mensensasikan isu agama dan kaum untuk meraih laba politik, sehingga menyemai kebencian serta menyalakan api permusuhan dalam kalangan rakyat.

Perkara itu adalah satu daripada tujuh peringatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam teks khutbah Jumaat bertajuk ‘Pilihan Raya: Tanggungjawab Ummah Kepada Negara’ hari ini kepada masyarakat, termasuk penyokong dan petugas parti politik yang bertanding.

Peringatan tersebut turut menggesa parti politik atau calon tidak mengamalkan budaya menyogok atau rasuah bagi mendapatkan sokongan pengundi, memandangkan ia dibimbangi terus menjadi amalan individu terbabit selepas memperoleh kuasa.

“Mimbar mengingatkan supaya tidak melakukan dosa menyebar fitnah, memaki hamun, mencerca dan mengaibkan lawan semasa berkempen.

“Mereka juga diingatkan supaya tidak memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bulan dan matahari yang tidak dapat dikotakan serta akhirnya rakyat berasa tertipu.

“Tidak melakukan perbuatan khianat, merosakkan harta benda awam, melakukan kacau bilau atau mencetuskan sengketa yang mengganggu serta mengugut pihak lawan,” katanya.

Khutbah itu turut mengingatkan supaya calon dan penyokong tidak menggunakan masjid, surau atau institusi agama Islam sebagai tempat berkempen.

Calon dan penyokong juga, katanya, diingatkan mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), jabatan agama Islam, pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pegawai masjid dan surau.

Menerusi khutbah sama, rakyat Malaysia yang layak mengundi diingatkan supaya memenuhi tanggungjawab mereka kepada negara pada 19 November depan.

“Mengundi ialah tanggungjawab fardu kifayah, tanggungjawab kenegaraan yang sangat dituntut agar rakyat melakukannya.

“Keengganan memenuhi tanggungjawab mengundi, bererti melakukan pembaziran kerana tidak menghargai kos dibelanjakan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya yang memberikan rakyat kuasa memilih kerajaan baharu,” katanya.

Selain itu, khutbah tersebut berkongsikan pandangan Imam Al-Mawardi berhubung keadaan sistem pemerintahan sesebuah negara, selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa ia adalah kewajipan terhadap ummah dalam menguruskan hal ehwal negara, menjaga kemurnian agama dan mengatur urusan ummah.

Menurut Imam Al-Mawardi, pemimpin hendaklah berupaya membawa manusia lebih dekat kepada kemaslahatan (atau faedah) dan jauh daripada kebinasaan.

“Seorang pemerintah hendaklah bersifat tawaduk, adil dan saksama agar menjadi contoh teladan kepada rakyat jelata.

“Keadilan tidak hanya tertumpu kepada umat Islam, malahan kepada semua rakyat berbilang agama, berbilang kaum. Suri teladan pemerintah yang baik juga menjadi cerminan kepada ketinggian akhlak rakyat jelata sesebuah negara-bangsa,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar