web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Agong Titah Agar Rakyat Malaysia Menetap Di Singapura Tunai Tanggungjawab Pengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 7:10AM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia yang menetap di Singapura menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

“Saya ingin mengingatkan tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan untuk mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang walaupun (tinggal) jauh sikit tetapi hati mesti tetap menunaikan tanggungjawab yang lebih berhak sebagai pengundi,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La, di sini malam tadi.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis santapan itu yang turut disertai  anakanda Seri Paduka Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian untuk pengundi Malaysia melaksanakan tanggungjawab pada PRU-15.

Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 10 Oktober untuk pilihan raya umum berkenaan dan bagi permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (Agensi/Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 November bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, polis, tentera, dan petugas media); 23 Oktober bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 26 Oktober bagi kategori 1C (agensi/organisasi).

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menetap di Singapura dan telah saling membantu antara satu sama lain daripada pelbagai aspek ketika kedua-dua negara berdepan pandemik COVID-19.

Turut hadir dalam majlis santapan itu,  Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin selaku Pegawai Pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri kini dalam rangka lawatan negara ke Singapura selama empat hari yang berakhir esok.

Lawatan negara itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat serta istimewa antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 2 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini