web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Kasim Dakwa PH Tolak Calon GI, 'Tiada Maklum Balas Mereka'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 12:40PM

Siti Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gerak Independent (GI) telah mendekati parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk menawarkan perkongsian di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tetapi tidak pernah mendapat maklum balas daripada mereka, kata pengasas bersama GI, Siti Kasim.

Peguam itu berkata, GI telah menghubungi DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mengenai kemungkinan calon GI bertanding di bawah logo PH untuk PRU-15.

"Kami (GI) bertemu dengan kepimpinan DAP dan AMANAH, tetapi sudah tentu, kami tidak mendapat maklum balas daripada mereka," katanya kepada The Vibes, sambil menambah bahawa mesyuarat itu telah berlangsung sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Ketika ditanya mengenai pengecualian PKR daripada mesyuarat itu, Siti berkata: “(Adakah) anda fikir PKR mahu berjumpa dengan kami (GI)? PKR lebih ego (daripada DAP dan AMANAH).”

Tawfik Ismail
Tawfik Ismail

Seorang ahli GI, Tawfik Ismail, baru-baru ini berkata, beliau bertemu dengan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dan ahli jawatankuasa kepimpinan pusat Wong Chen untuk berbincang mengenai kemungkinan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk di bawah logo PH.

Cadangan tersebut sejak itu mendapat sokongan veteran DAP, Lim Kit Siang yang menggesa PH "memberi respons sewajarnya dan positif" mengenainya.

Dalam pada itu, Tawfik mengakui keputusan itu akhirnya akan dibuat oleh pucuk pimpinan PH.

Tawfik juga pernah berkata, permintaannya kepada Rafizi, Nurul Izzah dan Wong Chen diterima secara positif tetapi Siti Kasim yang mengintai kerusi Parlimen Batu pula berpandangan sebaliknya.

“Tidak mungkin (PH) akan menerima tawaran itu (untuk calon GI bertanding di bawah logonya). Jika mereka terima (terima cadangan itu), saya akan terkejut,” katanya.

Beliau juga berkata, cadangan GI untuk berdiri di bawah logo PH adalah disebabkan maklum balas pengundi.

“Ramai pengundi bimbang GI akan pecahkan undi dengan PH, jadi kami kata kami tidak kisah untuk bertanding di bawah logo PH sebagai calon bebas tanpa menyertai mana-mana parti gabungan itu,” katanya.

Siti Kasim juga mendakwa keengganan PH untuk meneruskan kerjasama dengan GI pada PRU-15 menunjukkan bahawa gabungan itu mengutamakan agenda politiknya sendiri dan bukannya kebajikan pengundi.

“Mereka (PH) lebih mementingkan (menentukan) berapa kerusi yang mereka mahu tandingi, daripada membenarkan orang seperti saya dan Tawfik bekerjasama dengan mereka.

“Saya berharap rakyat dapat melihat parti mana yang memikirkan (mengenai) negara dan mana (parti) yang menyusun strategi demi kepentingan politik mereka sendiri,” katanya.

Siti Kasim juga mengkritik PKR dengan mengatakan dia tidak mempercayai kepimpinan dan keengganan untuk bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menunjukkan "keegoannya".

“DAP dan AMANAH semuanya ok (bekerja dengan) MUDA dan PSM,” katanya. – The Vibes, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad