web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencerobohan Laut China Selatan Masih Berlaku, Malaysia Perlu Tambah Baik Aset Ketenteraan - PBS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 8:29PM

Tentera China berterusan menceroboh Laut China Selatan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aspek keselamatan di perairan Laut China Selatan masih menjadi satu kebimbangan buat penduduk Sabah dan Sarawak, khususnya selepas beberapa siri pencerobohan dilaporkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharram berkata, kerajaan diminta terus meningkatkan keupayaan sistem pertahanan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara di lokasi terbabit kekal terpelihara.

Menurut beliau, ia termasuk menambah baik aset ketenteraan agar aspek keselamatan dapat diperkukuh pada tahap paling optimum.

“Kami bimbang aset sedia ada tidak mampu mengekang ancaman pihak lawan yang dilengkapi peralatan serba moden kerana berada dalam keadaan uzur dan sudah berusia.

“Pencerobohan di Laut China Selatan bukan perkara baharu, tetapi ia masih berlarutan sehingga kini dan masih gagal diselesaikan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Ruslan berkata, semua insiden berkenaan dianggap sebagai isyarat jelas untuk Malaysia mempertingkat keupayaan aset, apatah lagi ia semakin kerap berlaku.

“Mutakhir ini, semakin banyak insiden membabitkan pencerobohan oleh tentera luar dilaporkan di perairan Sabah dan Sarawak. Tentera China berterusan berbuat demikian, malah ada penemuan serpihan roket di Sarawak.

“Senario ini turut mencakupi pencerobohan ruang udara Malaysia Timur oleh jet pejuang China. Situasi ini jika dibiarkan bermaharajalela, pasti lambat laun mengancam keselamatan serta kedaulatan negara,” tegasnya.

Naib Presiden PBS itu berkata, konflik yang kian memuncak di serata dunia, termasuk perang Russian-Taiwan wajar dijadikan pedoman oleh kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Dikhabarkan sekarang perang juga bakal berlaku antara China dan Taiwan. Saya amat berharap kerajaan dapat memberikan fokus kepada usaha menambah baik aset pertahanan supaya kepentingan negara di Laut China Selatan tidak tergugat.

“Malaysia tidak boleh dilihat sebagai lemah kerana ia akan membuka lebih banyak ruang untuk pihak lawan menguasai kita. Kita perlu buktikan kerajaan mampu mengawal perairan dan kedaulatan negara dengan baik.

“Walaupun ini pandangan peribadi saya sendiri, ia adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi keselamatan penduduk Sabah,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: PDRM Beri Jaminan Keselamatan Di Sabah Terkawal - Saifuddin

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

Panorama Pantai Pasir Lanun Pikat Pengunjung, Aspek Keselamatan Perlu Dipertingkat

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad