web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukit Aman Siasat Video Judi Raya

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 2:05PM

Polis lancar siasatan klip video kegiatan perjudian dalam talian dan sedang memburu penerbit serta pelakon yang terlibat dalam iklan itu. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Bukit Aman melancarkan siasatan terhadap klip video mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian, dengan menjejaki penerbit dan pelakon yang terlibat dalam iklan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, isi kandungan video terbabit jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Justeru, katanya, satu laporan polis dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video terbabit.

"Siasatan polis menjurus kepada penerbit dan semua pelakon yang terlibat dalam video itu. Mereka akan dikesan serta dipanggil untuk memberi keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka," katanya.

 Acryl berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.

Video mengandungi lagu raya dengan durasi dua minit itu memaparkan lakonan dan nyanyian empat individu terdiri daripada masing-masing dua lelaki serta wanita yang mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian.

Berlatarbelakangkan hari mulia umat Islam itu, video terbabit membawakan lirik yang menggalak serta mengajak masyarakat untuk berjudi supaya boleh mendapatkan 'duit raya'.

‘Cuci semua kemudian beraya’ dan ‘Menang banyak raya pasti happy’ itu antara mesej yang disampaikan menerusi video terbabit.

Sementara itu, SKMM berkata, pihaknya sudah berkomunikasi dengan penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan kandungan video berkenaan mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti ditetapkan.

"Pada masa sama, pihak terlibat seperti produksi dan pelakon seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi dalam talian, yang jelas merupakan satu kesalahan.

"Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka dengan penghasilan serta pengedaran kandungan.

"Dalam kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk," katanya. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad