web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jual Perantisiswa: Bentuk Hukuman Belum Dibincang, PM Rayu Pelajar Jangan Jual

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 6:09PM

Ismail Sabri melawat studio baru Okestra RTM selepas merasmikan kompleks bangunan baharu Media City serta mengumumkan nama baharunya sebagai Angkasapuri Kota Media di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membincangkan sebarang bentuk tindakan termasuk sama ada menyenaraihitamkan pelajar yang didapati menjual PerantiSiswa Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setakat ini, kita tidak membincangkan lagi dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). Perkara itu mereka akan tengok kembali,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Media City yang dikenali sebagai Angkasapuri Kota Media di sini.

Namun begitu, Perdana Menteri menyeru pelajar yang menerima bantuan kemudahan itu agar tidak menjualnya demi mencapai hasrat kerajaan membantu pelajar golongan B40.

“Jadi janganlah mencari keuntungan jangka pendek dengan menjual (PerantiSiswa) kerana jangka panjang lebih penting bagi mereka untuk menggunakan PerantiSiswa demi meningkatkan mutu pembelajaran demi masa depan mereka,” kata beliau.

PerantiSiswa diberikan kepada pelajar institut pengajian tinggi dari keluarga B40 dalam usaha memudahkan proses pembelajaran pada era digital kini. Tablet Galaxy Tab A8 diberikan bersama papan kekunci dan juga stylus kepada mereka yang menerimanya.

Ketika pengenalan inisiatif PerantiSiswa sebelum ini, kerajaan menyatakan para pelajar perlu memulangkan kembali tablet yang diterima pada penghujung pembelajaran mereka.

Namun, kerajaan mengubah keputusan tersebut dan memilih memberi terus tablet PerantiSiswa kepada para pelajar.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak 14 kes penjualan semula PerantiSiswa telah dikesan di seluruh negara, serta penelitian berhubung isu itu juga sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sementara itu Annuar dalam ucapan alu-aluannya berkata pelaksanaan projek pembangunan Angkasapuri Kota Media adalah menerusi kaedah kerjasama awam dan pihak swasta melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Annuar turut merakamkan penghargaan kepada menteri-menteri K-KOMM sebelum ini yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Media City ini.

“Projek telah bermula secara rasminya pada Disember 2016 dan diteruskan semasa musim PKP. Kejayaan ini akan memulakan era baharu dalam penyiaran negara,” katanya.

Dengan kos keseluruhan berjumlah RM860 juta, bangunan Media City yang baharu beroperasi ini mempunyai 18 tingkat merangkumi ruang pejabat, auditorium berkapasiti 1,000 orang, studio rakaman muzik dan studio latihan muzik, tiga buah studio TV (M1, M2 dan M3), ruang parkir bertingkat dan plaza serta garaj kenderaan siaran luar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Denda Ke Atas Syarikat Pajak Gadai Jual Emas Tak Ditebus

4

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan