web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Judi Guna Lagu Raya Terima Kecaman, Tindakan Wajar Diambil

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 1:33PM

Video mempromosi kegiatan judi dalam talian ini kini sudah dipadamkan selepas mendapat kecaman ramai. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketibaan sambutan Aidilfitri yang dinanti-nantikan umat Islam di negara ini dicemari dengan penerbitan satu video yang mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian.

Video lagu raya berdurasi 2 minit itu tular di media sosial dengan memaparkan lakonan dan nyanyian empat individu terdiri daripada masing-masing dua lelaki serta wanita.

Berlatarbelakangkan perayaan umat Islam itu, video terbabit membawakan lirik yang menggalak serta mengajak masyarakat untuk berjudi supaya boleh mendapatkan 'duit raya'.

‘Cuci semua kemudian beraya’ dan ‘Menang banyak raya pasti happy’ itu antara mesej yang disampaikan menerusi video terbabit.

Bagaimanapun, tindakan itu nyata mendapat kecaman pelbagai pihak yang nyata tidak berpuas hati dengan tindakan menerbitkan video terbabit yang disifatkan tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara.

Ia bukan saja mendapat kecaman daripada netizen malah turut menarik perhatian ahli politik yang terkesan dengan kandungan video terbabit.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata iklan GDBET333 itu benar-benar mencabar undang-undang negara bahkan juga kemuliaan bulan Ramadan.

“Kerajaan melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) wajib bertindak seberapa segera yang mungkin.

“Iklan itu wajib ditarik balik semula dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan iklan ini wajib diadili,” desaknya di Facebook.

Bagaimanapun, carian Getaran di laman sesawang portal perjudian dalam talian terbabit mendapati video berkenaan sudah dipadam.

Bukan itu saja, akaun Facebook dan Instagram portal perjudian itu juga sudah tidak lagi dapat dikunjungi.

Tindakan berkenaan dipercayai susulan kecaman yang diterima daripada komuniti setempat, khususnya penduduk beragama Islam selepas video terbabit tular di semua platform media sosial. – Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad