web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Parti Komponen PN Perlu Bekerja Sebagai Satu Pasukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 9:23AM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti komponen Perikatan Nasional (PN) perlu bekerja sebagai satu pasukan keluarga besar, bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lebih mencabar berbanding PRU14.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata PRU-15 tidak sama seperti PRU-14, kerana PN akan berdepan dengan pelbagai lawan terutama DAP, yang memenangi kerusi Parlimen Bangi dengan majoriti besar sebelum ini.

Beliau berkata setiap parti komponen, harus bersama-sama memperjuangkan calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan bagi memastikan kerusi Parlimen Bangi menjadi milik PN.

“Cabaran kita tidak kecil, sebab itu kesungguhan (jentera) tidak boleh kecil kerana apa yang berlaku pada PRU-14 (DAP menang dengan majoriti besar), tidak boleh berulang.

“Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan keluarga besar PN, tanam perasaan berprasangka baik dan tingkatkan ukhuwah sebagai prasyarat mencapai kejayaan memenangi kerusi ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PN Bangi, dekat sini malam ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PN Khairul Nadzir Helmi Azhar, yang hadir pada majlis itu juga menjangkakan PN berdepan tugas berat untuk menarik sokongan pengundi, khususnya generasi muda pada PRU-15.

“Ini kerana macam-macam perkara boleh terjadi, macam-macam berita akan masuk dalam kepala (diterima) kita (pengundi)... apatah lagi dengan maklumat yang pantas tersebar melalui telefon bimbit sekarang, pastinya membuatkan anak-anak muda cepat terpengaruh,” katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad