web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Remaja 15 Tahun Antara 8 Didakwa Rogol Pelajar Bawah Umur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 7:00PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Enam remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, manakala dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua dalam kejadian di Tawang di sini, antara pertengahan Ogos hingga September lepas.

Kesemua enam remaja yang berusia 15 tahun itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun itu di sebuah bilik di kedai makan di Jelawat di sini antara 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi pada pertengahan Ogos hingga September.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Setiap tertuduh masing-masing didakwa dua hingga tiga pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi dan kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norizaidah Abdul Salam.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM2,000 untuk setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, dua lagi tertuduh berusia 18 tahun yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pula mengaku tidak bersalah merogol mangsa pada tarikh dan lokasi yang sama, di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Hakim Mohd Zul membenarkan seorang daripada tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala seorang lagi tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Mahkamah menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes kedua-dua tertuduh itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam