web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Feri Terkandas Berjaya Ditunda Ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:00AM

Feri penumpang yang terkandas semalam berjaya ditunda ke jeti Kuala Kedah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebuah feri  penumpang dengan lebih 500 penumpang dan kru perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terkandas di muara Kuala Kedah sejak jam 3 petang semalam berjaya dibawa merapat ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata feri itu ditunda bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah pada jam 9.25 malam manakala kesemua penumpang dan kru itu selamat.

Bagaimanapun, beliau berkata tiga penumpang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk pemeriksaan lanjut kerana salah seorang sakit berkaitan saraf manakala dua lagi mengalami simptom sesak nafas.

"Seramai 272 orang penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot  PERKASA 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 PDRM serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan, yang selebihnya penumpang berada dalam feri yang telah berjaya ditunda ini.

"Operasi memindahkan penumpang turut berhadapan detik sukar dan beberapa kali enjin bot pasukan penyelamat tersekat akibat air cetek dan permukaan lantai laut yang berselut namun operasi yang dikendalikan Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi ini selesai dan telah ditamatkan pada jaml 10 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu, Jabatan Laut Malaysia melaporkan kepada Zon Maritim Kuala Kedah berkaitan sebuah feri penumpang Express Bahagia 98 terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari Muara Kuala Kedah dengan melibatkan seramai 547 penumpang pada jam 4.15 petang tadi. 

Noor Azreyanti berkata antara agensi dan jabatan lain yang terlibat bagi urusan pemindahan penumpang ialah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan bomba. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad