web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Ramai Kecewa Harapan Lihat Anwar ‘Bertembung’ Mohamed Azmin Tak Kesampaian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 9:09PM

Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), media sosial ‘kecoh’ apabila sebahagian netizen terkejut dengan keputusan itu, manakala segelintirnya teruja.

Malah, tanda pagar nama Anwar (#Anwar) dan Tambun (#Tambun) menjadi sohor di Twitter sejak pengumuman itu dibuat Khamis lalu.

Dengan keputusan itu, Anwar akan bertembung Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, manakala parti lain masih belum membuat pengumuman rasmi berhubung calon bakal dipertaruhkan di situ.

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu

Menerusi tinjauan Getaran di platform media sosial itu, ramai melahirkan kekecewaan kerana mereka mengharapkan pertembungan antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, dengan mantan anak didiknya yang kini menjadi seteru beliau, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak.

Lebih membuatkan mereka berharap mengenai pertembungan itu, apabila Anwar sebelum ini memberi bayangan akan bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’ yang menjadi punca di sebalik Langkah Sheraton, sehingga menyebabkan kerajaan PH hanya mampu bertahan 22 bulan mentadbir negara.

Walaupun sememangnya ada ura-ura Anwar akan ke Tambun, ia dianggap sekadar khabar angin kerana terdapat lebih banyak kerusi mencabar untuk beliau tandingi.

“Kalau tak silap DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata akan bertanding di kerusi ‘pengkhianat’. Saya ingat beliau akan bertanding di Gombak atau Ampang,” ciap @habibmazlan.

“BERSATU juga pengkhianat kepada PH. Adakah ini bermakna Anwar tidak menganggap Mohamed Azmin sebagai pengkhianat?,” soal @isacjohore.

“Kenapa tidak bertanding di Gombak dan memberi saingan kepada Azmin?…,” kata seorang pengguna.

Syahredzan Johan
Syahredzan Johan

Bagaimanapun ada segelintir pengguna, termasuk Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan percaya Tambun adalah kerusi sukar dan Gombak dimenangi pembangkang sejak 2008 biarpun ia disandang Mohamed Azmin sejak tiga penggal lalu.

“Saya yakin kemenangan berterusan di Gombak disebabkan PH, bukan individu. Perak pula adalah medan pertarungan menarik kerana BN (Barisan Nasional) menyasarkan untuk menang besar di negeri berkenaan,” respon @moHH4z.

“PKR mempunyai perancangan besar untuk menawan Perak kali ini sebab itu DSAI berpindah ke Tambun. Jika beliau bertanding di Ampang atau Gombak, pengkritik akan menuduhnya sebagai pengecut sebab dua kerusi ini berada di Selangor yang menjadi kubu kuat PKR,” tulis @badrihamzah.

Sementara itu, ada netizen menempelak tindakan Ahmad Faizal yang dilihat ‘memperkecilkan’ keputusan Anwar untuk bertanding di kerusi itu, malah dilihat memerli Presiden PKR terbabit.

“(Ahmad) Faizal Azumu ini lupa agaknya. Semasa PRU-14 dulu, dia menang di Tambun dengan logo PKR dan saya percaya sebahagian yang undi dia adalah penyokong Anwar Ibrahim. Kalau pun Faizal ini tiada rasa malu pada maruah diri sendiri, sekurangnya malulah pada pengundi kamu dulu,” ujar @SyedAkramin.

Terdahulu, Ahmad Faizal menerusi video di Facebook menyindir Anwar berhubung penggunaan loghat tempatan di Tambun berbeza dengan di tempat lain.

Penyandang kerusi Parlimen Tambun itu memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang mahu berhijrah ke kawasan tersebut, perlu mempelajari sedikit sebanyak budaya Perak, khususnya dari segi sebutan dan percakapan orang tempatan.

Dalam video itu, Ahmad Faizal menyindir dengan memaklumkan sebutan sebenar perkataan air dalam loghat Perak.

“Hi assalamualaikum, bagi mereka yang hendak berhijrah dari tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.

“Di Tambun kita sebut ayor, dengar betul-betul…ayor bukan ayaq…terima kasih, selamat datang,” sindirnya.

Selain itu, ada pula netizen menyifatkan pertembungan sebenar di kerusi Tambun bukan membabitkan Anwar dan Ahmad Faizal, sebaliknya antara mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan calon BN.

“Tapi betulnya kat Tambun nanti bukan battle (pertarungan) Anwar-Peja (Ahmad Faizal) sebenarnya, ia battle antara Anwar dengan calon UMNO/BN, Tambun ini memang port (kawasan) UMNO. PH menang masa itu pun sebab orang Melayu masa itu fikir Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada dalam PH,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar