web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masih Ramai Pengundi Muda Tidak Tahu Nama Dalam Daftar Pemilih - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 8:13PM

Ismail Sabri Yaacob (tengah) ketika tiba pada Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia yang berlangsung di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Masih ramai pengundi muda berumur 18 tahun dan ke atas di seluruh negara yang tidak tahu bahawa nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata warga Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun harus tahu bahawa mereka telah disenaraikan sebagai pengundi secara automatik dalam daftar pemilih.

“Ramai pengundi muda mungkin tak tahu pun nama mereka telah tersenarai dalam daftar pemilih…sekarang ini, cukup sahaja umur 18 tahun, automatik mereka menjadi pengundi… mungkin sesetengah tidak perasan (tersenarai sebagai pengundi).

“Beberapa kali saya berjumpa pengundi muda terutama pelajar, mereka tak tahu pun nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih,” katanya selepas Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata ia merupakan tanggungjawab jentera Barisan Nasional (BN) untuk mendekati dan memberi penjelasan kepada pengundi muda seluruh negara.

“Jentera parti komponen BN harus mendekati dan memaklumkan pengundi muda ini di kawasan masing-masing dan memastikan mereka keluar mengundi bulan depan.

“Kalau tidak, mungkin mereka tidak akan tahu dan tidak keluar mengundi, jadi itulah yang kita akan lakukan, memberi makluman kepada mereka,” katanya.

Berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak di Sabah, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan.

“Peningkatan mendadak bukan daripada pengundi muda... kalau dalam kalangan pengundi muda, kita faham tetapi pengundi yang didaftarkan… dalam hal ini, SPR harus buat siasatan dan kalau didapati ada keraguan, kita serah kepada SPR untuk ambil tindakan sewajarnya,” kata beliau.

Pada 20 Oktober lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri itu akan mendapatkan maklumat lanjut daripada SPR berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak.

Beliau berkata pihaknya maklum mengenai kebimbangan beberapa pihak berhubung perkara itu dan kerajaan negeri memerlukan maklumat lanjut mengenainya.

Media sebelum ini melaporkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Yeck Lee menyifatkan peningkatan jumlah pengundi di Sabah yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 sebagai amat mengejutkan.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata daftar pemilih yang dikeluarkan SPR menunjukkan peningkatan pengundi baharu di Sabah sebanyak 53.9 peratus iaitu daripada 1.1 juta orang pada 2018 kepada kira-kira 1.7 juta tahun ini.

Peningkatan luar biasa itu menyebabkan beliau mengesyaki wujud pengundi yang dihasilkan melalui skandal Projek IC (Kad Pengenalan) yang pernah menjadi isu di Sabah sebelum ini.

Katanya berdasarkan kajian awal daftar pemilih 2022, kebanyakan pengundi baharu itu berumur antara 30-an hingga 60-an. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar