web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Feri Bawa Lebih 500 Penumpang Dan Kru Terkandas Akibat Air Surut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 7:12PM

Anggota bomba bersama Jabatan Laut dan nelayan tempatan kini sedang memantau keadaan dan berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan susulan sebuah feri terkandas di alur pelayaran Kuala Kedah. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Feri yang membawa lebih 500 penumpang dan kru dalam perjalanan dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi ke Terminal Jeti Kuala Kedah terkandas apabila ia tersangkut di beting lumpur, dipercayai akibat air laut surut yang berlaku di alur pelayaran Kuala Kedah. 

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata feri yang bertolak dari Langkawi ke Kuala Kedah pada pukul 1 tengah hari itu membawa 545 penumpang bersama lapan kru.

“Feri berkenaan terkandas di alur pelayaran Kuala Kedah kira-kira pukul 3 petang. Buat masa ini pihak kami sedang menunggu laporan daripada kapten feri kerana ketika kejadian air laut adalah pada paras 1.7 meter, keadaan masih selamat untuk pelayaran.

“Tinjauan awal mendapati banyak faktor yang boleh menyebabkan feri berkenaan terkandas, antaranya feri tidak mengikut laluan asal atau laluan feri telah dihalang oleh kerja-kerja pergerakan laut ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.55 petang.

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berhubung kes feri terkandas berhampiran Jeti Kuala Kedah dan telah mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja ke lokasi kejadian.

“Feri yang membawa lebih 500 penumpang dan kru itu tersangkut di beting lumpur akibat air surut. Buat masa ini anggota bomba bersama Jabatan Laut dan nelayan tempatan sedang memantau keadaan dan berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata air pasang semula dijangkakan bermula pada pukul 7 malam dan air pasang penuh pula dijangkakan berlaku pada pukul 11.30 malam nanti. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad