web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas Rugi RM426,450, Diperdaya Macau Scam Konon Terlibat Kes Dadah, Tipu 'Datuk Seri'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 8:35PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM426,450 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan jenayah dadah dan menipu seorang bergelar  'Datuk Seri' .

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 73 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu Ogos lalu  yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

Katanya, lelaki tersebut memberitahu mangsa mempunyai hutang bank, yang mana kemudiannya panggilan berkenaan disambungkan kepada ‘Datuk Seri’, selain menyatakan mangsa turut terbabit dengan kes dadah.

“Lelaki itu kemudiannya menawarkan bantuan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes dengan membuat pembayaran ke nombor akaun yang diberikan oleh individu berkenaan.

“Mangsa yang percaya dengan dakwaan itu dan membuat pembayaran sebanyak empat kali menerusi mesin deposit tunai dan sekali pembayaran dalam talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM426,450,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

"Pihak polis menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali dan orang ramai juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad