web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Buku Tommy Thomas: JAC Tak Pernah Cadang Nama Richard Malanjum 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 3:29PM

Richard Malanjum - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Tun Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara dipersetujui mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu, walaupun tidak pernah dicadangkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Pelantikan Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sebelum ini serta Tan Sri David Wong Dak Wah (Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak), turut mendapat persetujuan Tommy dan Dr Mahathir.

Perkara tersebut didedahkan menerusi Laporan Pasukan Petugas Khas (STF) siasatan ke atas dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tommy yang dinyahklssifikasi hari ini.

Tommy Thomas
Tommy Thomas

Menurut laporan terbabit, Tommy dan Dr Mahathir ketika itu bersetuju dengan pelantikan tiga individu berkenaan, selain Tan Sri Zaharah Ibrahim sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya.

Berdasarkan laporan tersebut, JAC mengesyorkan Tan Sri Azahar Mohamed dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Rohana Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan) serta Datuk Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak), manakala Ahmad ketika itu masih memegang jawatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya.

STF berkata, sekiranya Perdana Menteri (ketika itu) tidak bersetuju dengan calon dipilih, beliau seharusnya meminta lebih banyak nama disenaraikan untuk mengisi jawatan kehakiman terbabit.

“Sebaliknya, menurut laporan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, nama dikemukakan Perdana Menteri (ketika itu) kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 122B Perlembagaan, adalah nama dibincang serta dipersetujui antara Dr Mahathir dan Tommy,” katanya.

Dalam pelantikan sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pula, STF memaklumkan, pelantikan David tidak dibuat melalui konsultasi dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak (ketika itu), sebagaimana diwajibkan di bawah Perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, kegagalan mengadakan konsultasi dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak adalah pelanggaran Perlembagaan Persekutuan yang mana Peguam Negara ketika itu, gagal menasihatkan kepada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Oleh demikian, pasukan petugas khas itu antara lain mengesyorkan kerajaan meminda Seksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Ia adalah bagi melarang Perdana Menteri menyembah maklum nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan mana-mana orang ke jawatan kehakiman di mahkamah tinggi yang tidak dipilih dan disyorkan JAC. - Getaran, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran