web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Dera Kanak-Kanak Tular, Suspek Direman 14 Hari

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 10:51PM

Parang berukuran 31 sentimeter dirampas daripada suspek.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas didakwa memijak dan mengugut bunuh dua kanak-kanak menerusi dua rakaman video tular, di Kampung Andung, Semporna, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, polis turut merampas sebilah parang berukuran 31 sentimeter dipercayai digunakan suspek untuk membuat ugutan bunuh ke atas kedua mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, polis menerima aduan berhubung video penderaan kanak-kanak berkenaan pada jam 11.25 pagi semalam.

"Pengadu yang bekerja di Ladang Giram Divisyen Ulu Balung mendakwa telah melihat dua video penderaan kanak-kanak lelaki dan perempuan itu, masing-masing berdurasi 26 dan 16 saat.

"Menerusi rakaman video berkenaan, suspek yang juga bapa kandung kepada mangsa didakwa memijak mereka beberapa kali di kaki, perut dan leher," katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut Peter, pengadu mendapati kejadian berkenaan berlaku di perumahan pekerja di Ulu Balung.

"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga suspek.

"Suspek didakwa bertindak mengugut isterinya untuk pulang ke rumah dengan mendera kedua-dua anak mereka," katanya.

Suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, manakala dua kanak-kanak terbabit, masing-masing berusia anggaran tiga hingga lima tahun dirujuk ke Hospital Besar Tawau untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan.

Semalam, Getaran melaporkan keprihatinan orang ramai yang bimbang sebaik video penderaan dua anak malang itu tular di media sosial.

Selain mengugut mahu membunuh mangsa, lelaki yang layak digelar binatang itu turut hilang akal apabila kelihatan berkali-kali memijak kaki, perut, leher dan kepala mereka.

Suspek turut kelihatan mengacukan senjata tajam dipercayai pisau sambil memijak dua kanak-kanak malang itu dengan mengungut mahu membunuhnya.

Difahamkan, suspek, berusia lingkungan 20-an telah menculik dua kanak-kanak terbabit yang juga dikatakan anaknya selepas mengalami masalah rumah tangga. – Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad