web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengawal Keselamatan Disyaki Dera Anak Angkat Direman 5 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 4:05PM

Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas disyaki mendera anak angkatnya berusia empat tahun. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas disyaki mendera anak angkatnya berusia empat tahun dengan pelbagai kecederaan dikesan di badan, kaki dan kemaluan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian tersebut dilaporkan seorang wanita berusia 19 tahun yang juga adik ipar suspek.

Menurutnya, berdasarkan keterangan pengadu, ketika dia berada di rumah suspek di Pangsapuri Seri Mutiara, Ampang, berlaku pertengkaran antaranya dan kakaknya selepas menegur perbuatan wanita itu dan abang iparnya yang memarahi mangsa, iaitu anak angkat mereka.

“Wanita tersebut juga ada melihat mangsa pernah dipukul suspek. Kanak-kanak lelaki tersebut dijaga pasangan terbabit sejak berusia lima bulan selepas diserahkan seseorang yang tidak dikenali secara sukarela,” katanya hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada laporan diterima, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 5 petang semalam.

“Pemeriksaan terhadap kanak-kanak terbabit mendapati, budak lelaki tersebut mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki serta kesan luka di kemaluan dipercayai didera suspek menggunakan tangan.

“Kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Mohamad Eshak berkata, suspek kini direman selama lima hari bermula hari ini hingga Selasa depan untuk membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad