web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Jangan Lagakan Saya Dan Abah, Beliau Tetap Pertahan Bagan Datuk' - Nurulhidayah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 2:24PM

Ahmad Zahid dan Nurulhidayah. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Nurulhidayah, anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta orang ramai tidak melaga-lagakannya dengan bapanya, apabila ada dakwaan mengatakan beliau akan bertanding di kerusi Bagan Datuk bagi ‘merebut’ kubu kuat pemimpin itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menerusi coretan dimuatnaik menerusi video di Instagram hari ini, Nurulhidayah menyifatkan dakwaan dibuat media tempatan itu sebagai tidak wajar diperkatakan.

Malah, Nurulhidayah turut menafikan spekulasi mengatakan Ahmad Zahid tidak akan mempertahankan kerusi Bagan Datuk dan ia akan ditandingi beliau atau orang kanan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

“Akak sedaya upaya komen dalam keadaan tenang. Tak payah nak melaga-lagakan anak dengan Abah eh.

“Hari Jumaat ni buat dosa pulak korang (anda semua). Tak baik tau. Tak payah orang kanan ke, orang kiri ke nak berangan,” katanya.

Menurut Nurulhidayah, sebagai anak, beliau sendiri akan sentiasa menyokong dan memastikan Ahmad Zahid tetap bertanding di Parlimen Bagan Datuk.

“Insyaallah saya sendiri akan pastikan beliau bertanding di Bagan Datuk, jangan berangan (saya atau orang kanan beliau nak bertanding di situ),” katanya.

Terdahulu memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Zahid didakwa tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU-15, selepas menyandangkan sejak empat penggal lalu.

Difahamkan tempat beliau bakal diganti sama ada Nurulhidayah atau orang kanan pemimpin itu sendiri.

Ahmad Zahid, 69, dikatakan membuat keputusan besar itu sebagai pengorbanan terhadap parti agar nama dan isu menyelubungi dirinya, tidak dijadikan modal ketika lawan berkempen bermula 19 November ini, seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO dan UMNO Bahagian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya Barisan Nasional (BN) menang PRU-15. – Getaran, 21 Oktober 2021

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad