web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NADMA Sudah Sedia,  Hanya Tunggu Keputusan SOP SPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 7:00AM

NADMA sudah bersiapsiaga untuk pengurusan operasi banjir sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula tidak lama lagi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah bersiapsiaga untuk pengurusan operasi banjir sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Bagaimanapun, NADMA dan beberapa agensi lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berbincang lebih lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP), jika berdepan kemungkinan banjir semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pasca Bencana) NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, kesiapsiagaan pihaknya untuk menghadapi kemungkinan banjir sudah pun dijalankan sejak awal tahun lagi.

“Bagaimanapun, bagi memastikan perjalanan PRU-15 berjalan dengan baik, NADMA akan mengadakan perbincangan dengan SPR untuk mengetahui SOP khusus ketika PRU-15 diadakan.

“SOP tersebut akan ditentukan oleh SPR dalam masa terdekat dan kami akan membantu dari aspek pengurusan sekiranya berlaku bencana di sesuatu kawasan kelak,” katanya kepada Getaran.

Ditanya mengenai kemungkinan banjir ketika PRU diadakan, beliau berkata, perkara itu susah untuk ditentukan memandangkan sistem kaji cuaca yang digunakan Jabatan Meteorologi Malaysi (MET Malaysia) hanya boleh membuat bacaan tepat sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kejadian.

“Berdasarkan pertukaran maklumat dengan MET Malaysia, susah untuk kita membuat jangkaan tarikh tertentu berlakunya banjir memandangkan sistem tersebut hanya boleh membuat bacaan tepat sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kejadian.

“Bacaannya juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti kelajuan angin, pergerakan awan dan sebagainya. Justeru, apa yang kami akan lakukan adalah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Mengulas mengenai aspek persediaan aset dan petugas keselamatan, Khairul Shahril berkata, seramai 79,549 anggota keselamatan sudah bersiapsiaga digerakkan ke semua lokasi ditetapkan jika berlakunya banjir.

“Selain itu, sebanyak 4,409 aset darat, 22,622 (air), 20 (udara), 705 (perubatan) dan 1,180 (lain-lain) juga sudah bersiap sedia untuk diaturgerak bagi membantu mangsa.

“Semua petugas keselamatan bukan daripada NADMA sebaliknya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.

Dalam perlembangan berkaitan, beliau memberitahu, terdapat 5,496 lokaso seluruh negara sudah dikenal pasti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai hot spot banjir.

“Berdasarkan pecahan mengikut negeri, terdapat 595 lokasi di Kelantan, Terengganu (300), Pahang (763), Johor (432), Negeri Sembilan (369), Melaka (157), Selangor (339) dan 48 di sekitar ibu negara. 

“Selain itu, sebanyak 265 lokasi di Perak, Pulau Pinang (229), Kedah (373), Perlis (54), Sarawak (1,034), Sabah (520) dan 18 di Labuan,” katanya. - Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan