web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DOSM Rekod 2.1 Juta Warga Asing Bekerja Di Malaysia Sehingga Jun Tahun Ini - Mustapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 6:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sejumlah 1.9 juta direkodkan DOSM pada tahun lalu, manakala 2.1 juta pula direkodkan pada 2020.

“Kita tidak nafikan negara masih memerlukan pekerja warga asing dalam beberapa sektor antaranya pembinaan, perladangan, pembuatan dan domestik. Kita masih memerlukan kira-kira 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja dan sekarang ini menghampiri angka tersebut.

“Bagaimanapun, kita perlu pastikan rakyat tempatan lebih ramai berminat dalam kerja-kerja perladangan atau pembinaan umpamanya, dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang lebih baik bagi menarik minat mereka seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Statistik 2022 sempena sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2022 dan Sedekad Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata DOSM mengeluarkan lebih 500 jenis statistik perangkaan setahun, dalam membantu  negara mengurus tadbir di semua tingkat terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosio ekonomi.

Beliau berkata statistik perangkaan itu digunakan pelbagai pihak seperti jabatan dan agensi kerajaan,  Bank Negara Malaysia, para pelabur serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dalam membuat perancangan masing-masing.

“Jadi, saya berharap lebih 3,000 kakitangan DOSM lebih bermotivasi dan berintegriti dalam menjalankan tugas mereka, bagi memastikan statistik yang dikeluarkan adalah tepat dan mengikut masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata Sambutan HSN yang disambut kali keenam penganjurannya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya dapat merasai betapa pentingnya statistik sebagai ukuran penentuan hidup yang lebih baik dan sempurna.

Pelbagai program diadakan sepanjang karnival yang bermula hari ini sehingga Sabtu antaranya pelbagai pameran dan jualan diadakan serta Forum Perdana Ehwal Islam Diraja yang mana Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat untuk bersama-sama dengan masysrakat setempat pada malam ini. - BERNAMA

 TAG: Mustapa Mohamed, warga asing, DOSM, statistik, ILSM, Karnival Statistik

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad