web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keselamatan Negara Pada Tahap Terbaik - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 6:53PM

Perdana Menteri berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan negara. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara berada pada tahap terbaik meskipun 11 individu ditahan susulan kes penculikan yang dikaitkan dengan agensi keselamatan Israel, Mossad.

Sehubungan itu beliau berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan negara.

“Saya masih belum terima laporan lengkap daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya tidak boleh komen lanjut sehingga laporan lengkap diterima daripada agensi berkaitan dan rakyat tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan negara,” katanya kepada pemberita pada Pesa Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Pada 14 Oktober lalu, seramai 11 individu termasuk seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Majistret atas dakwaan menculik seorang warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit, bulan lalu.

Kesemua mereka dikenali sebagai Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42;, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23; dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; selain Nidarahayu, 34, dan Raibafie, 39.

Mereka didakwa menahan Omar Z M Albelbaisy Reeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat bagi membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan menggodam telefon bimbit.

Sebelum ini, sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan dalam laporannya mendakwa, ejen Mossad memasuki negara ini dalam usaha mengesan dan menculik rakyat Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Dalam pada itu, berhubung perkembangan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15, Ismail Sabri berkata, nama calon mewakili Barisan Nasional (BN) masih belum dimuktamadkan. - 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad