web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amalkan Pendekatan Berhemah Sepanjang Tempoh Berkempen - Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 5:07PM

Nilai-nilai murni dan adab perlu dijaga oleh calon serta penyokong mereka dalam kehangatan dan keghairahan berkempen, titah Yang di-Pertuan Agong. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan calon dan penyokong parti politik mengamalkan pendekatan berhemah sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Seri Paduka Baginda turut menitahkan semua calon bertanding secara sihat dengan mengelakkan kempen menyerang dan akur dengan garis panduan undang-undang serta peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Titah baginda dibacakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Seri Paduka Baginda bertitah, nilai-nilai murni dan adab perlu dijaga oleh calon serta penyokong mereka dalam kehangatan dan keghairahan berkempen.

“Jauhkanlah sifat fitnah, provokasi, caci-mencaci dan cela-mencela dengan memburuk dan memperlekehkan sesiapa sahaja semasa berkempen.

“Sifat-sifat tersebut adalah tidak bertepatan dengan nilai-nilai murni. Sifat-sifat tersebut juga bukan sahaja tersasar daripada landasan kemanusiaan yang sebenar, malah boleh mencetuskan kekacauan serta keadaan huru-hara,” titah baginda.

SPR hari ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal.

Menurut beliau, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.

Sementara itu baginda bertitah, kerjasama baik dari semua pihak amat penting, selain menghormati dan menjunjung tinggi institusi kehakiman negara.

Titah baginda, ia termasuk menghormati sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan menjadikan kerjasama politik antara parti lebih harmoni.

Seri Paduka Baginda juga menitahkan seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kelancaran perjalanan PRU-15.

“Semoga rakyat dan negara sentiasa diberkati, dirahmati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” titah baginda.

Al Sultan Abdullah difahamkan berkenan menerima menghadap Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali di Istana Negara, semalam.

Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan persiapan pihak PDRM dan agensi berkaitan bagi tempoh perjalanan PRU-15 dan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir, melibatkan 99,133 pegawai dan anggota. - Getaran, 20 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar