web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Kes Pukul Pengawal Peribadi Disyaki Terbabit Perniagaan Haram

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 4:10PM

Empat individu termasuk seorang pengawal peribadi ditahan reman bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi disyaki turut terbabit menjalankan perniagaan haram iaitu perkhidmatan sebagai Ah Long dan perjudian.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pemeriksaan terhadap rumah seorang daripada suspek membawa kepada penemuan wang tunai dalam AS$.

Menurut beliau, turut dirampas ialah 12,500 keping wang dan 100 jongkong emas seberat 100 kilogram.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM28.45 juta, berdasarkan kepada nilai semasa harga emas dan mata wang terbabit.

“Selain itu, kita juga merampas sepucuk pistol bersama sepuluh butir peluru milik seorang daripada mangsa, yang didakwa digunakan dalam kejadian terbabit dan juga sebatang rotan.

“Pistol terbabit adalah kepunyaan syarikat kawalan keselamatan, maknanya ia berlesen, tetapi siasatan lanjut perlu dibuat ke atas pemilikan lesen berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

Arjunaidi memberitahu, pihaknya juga membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 298 KK dan Seksyen 307 KK.

“Selain itu juga, kita turut menyiasat kes ini mengikut Seksyen 4 (1) AMLA (Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001) dan Seksyen 5 (2) APPW (Akta Pemberi Pinjaman Wang),” katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan menyiasat dengan lebih mendalam perniagaan dan aktiviti yang dijalankan suspek.

“Siasatan awal kami mendapati suspek ini terlibat dengan aktiviti haram terutama sekali aktiviti Ah Long dan juga judi haram,” katanya.

Bagaimanapun, suspek utama yang juga majikan terbabit kini direman selama tiga hari sehingga Sabtu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Getaran semalam melaporkan, dua pengawal peribadi beragama Islam dibelasah majikannya hanya disebabkan mereka menjalankan ibadah puasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek.

“Punca kejadian dipercayai berlaku disebabkan suspek tidak suka mangsa berpuasa di bulan Ramadan, dan memaksa mereka untuk meninggalkan ibadat itu.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka enggan mematuhi arahan tersebut menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan memukul mangsa,” katanya.

Suspek turut merampas pistol jenis Glock milik mangsa, sebelum mengacukan senjata itu kepada mereka sambil membuat ugutan bunuh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad