web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 1:15PM

Hafizul Hawari dikawal ketat ketika dibawak ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Dia berdepan tujuh pertuduhan membabitkan Akta Senjata Api, Akta Bahan Letupan, Akta Senjata, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara dan Akta Pengangkutan Jalan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Seorang pengurus syarikat agensi pelancongan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap tujuh pertuduhan termasuk membabitkan pemilikan senjata api serta kesalahan memiliki kad pengenalan tiga individu lain, minggu lalu.

Media tempatan melaporkan, tertuduh, Hafizul Hawari, 38, yang sebelum ini dikaitkan dengan kes tembak pengawal peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada 14 April lalu, membuat pengakuan itu dan meminta untuk dibicarakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, memiliki senjata api jenis pistol tertulis Glock 19 Austria, Made in Turkey, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Bagi pertuduhan kedua, Hafizul didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, memiliki 33 butir amunisi PMC 380 AUTO tanpa lesen sah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 akta sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dia juga berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit dan boleh dihukum bawah akta sama, iaitu hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Lelaki itu juga didakwa dengan tiga pertuduhan memiliki tiga kad pengenalan milik tiga individu lain.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, itu, Hafizul boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan ketujuh, dia didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu Honda Civic warna putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang RM5,000 sehingga RM20,000 atau penjara satu tahun dan tidak lebih lima tahun, atau kedua duanya sekali.

Kesemua pertuduhan itu dilakukan di dalam Honda Civic di perkarangan KPJ Perdana Specialist Hospital di sini, jam 2 petang, 15 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – Getaran, 24 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad