web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Selesai Hantar 1,000 Bakul Makanan Kepada Pekerja Malaysia Di Singapura

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 12:37PM

Bakul makanan diedarkan kepada pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Kerajaan Johor selesai melakukan penghantaran 1,000 bakul makanan ke Singapura seperti yang dijanjikan sebagai sebahagian daripada Misi Bantuan Bakul Makanan kepada pekerja Malaysia di sini.

Ia dilakukan dalam tiga fasa dengan kumpulan terakhir kira-kira 270 bakul makanan diedarkan pada 30 Jan oleh sekumpulan sukarelawan dalam kalangan pekerja Malaysia sendiri.

Fasa kedua melibatkan 430 bakul makanan telah diagihkan mulai 22 Jan manakala fasa pertama sebanyak 300 bakul diedarkan pada 6 Dis tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Muhammad Radzi Jamaludin kepada Bernama hari ini.

Majlis pelepasan lori Misi Bantuan Bakul Makanan disempurnakan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad di Dataran Mahkota Kota Iskandar di Johor pada 3 Dis lepas.

Buat permulaan, Hasni berkata kerajaan negeri merancang mengagihkan 1,000 bakul makanan dan akan meneruskan inisiatif itu selepas ia selesai diagihkan.

Beliau telah mengumumkan insiatif bantuan bakul makanan itu dalam Belanjawan Johor 2021 bagi meringankan beban pekerja Malaysia yang berada di Singapura.

Bakul makanan itu mengandungi antara lain mi segera, biskut dan minuman pracampuran yang dianggar bernilai S$30.

Ketika ini, pekerja Malaysia yang sebelum ini berulang-alik dari Johor terpaksa menetap sementara di republik itu berikutan langkah ketat di pintu kedua-dua sempadan bagi mengekang pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lepas. 

Mengetuai kumpulan sukarelawan itu, Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh berkata beliau dan beberapa rakan senegara sentiasa bersedia untuk menjayakan program misi bantuan tersebut.

-“Kami berbesar hati untuk membantu. Setakat ini kami mempunyai senarai rakan-rakan yang memerlukan dan ia akan sentiasa dikemas kini,” katanya ketika ditemui mengagihkan bakul makanan tersebut di sekitar Woodlands baru-baru ini.

Mesra dengan panggilan Eddie, beliau yang aktif membantu rakan senegara sejak kembali bekerja di sini pada bulan September tahun lepas boleh dihubungi melalui laman Facebooknya ‘Eddie Dieana’.

Beliau mula bekerja di republik ini sejak tujuh tahun lalu.  

Pekerja Malaysia pelbagai latar belakang ketika ditemui pada sesi pengagihan tersebut mengucapkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan negeri Johor yang tidak mengehadkan agihan kepada anak Johor sahaja.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Johor. Sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat menjimatkan perbelanjaan saya bulan ini,” kata John Anak Mujang, anak jati Sarawak yang bekerja sebagai pembersih di sebuah syarikat pengangkutan awam.

Bagi Ng Kok Hooe pula sumbangan itu dapat juga mengubat hatinya kerana terpaksa memecah tradisi tidak pulang ke Perak seperti tahun-tahun sebelumnya bagi menyambut Tahun Baharu Cina.

“Saya harap keluarga saya tetap gembira dan tidak bersedih dengan ketiadaan saya pada sambutan Tahun Baharu kali ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad