web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Apa Pun Keputusan, Harapan Saya Ada Perubahan Dalam KPM’ - Mohd Fadli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 10:33AM

Mohd Fadli Mohamed Salleh - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung dakwaan salah laku guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh akan diserahkan kepada beliau hari ini.

Guru terbabit menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan apa pun keputusan lembaga terbabit, beliau berharap berlaku perubahan dalam Kementerian Pendidikan (KPM).

Malah beliau berkata, mana-mana parti yang menjadi kerajaan selepas mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) harus menitikberatkan isu pendidikan.

“Ramai juga mesej dan bertanya (kepada) saya, apa keputusan lepas KPM mesyuarat dengan Lembaga Tatatertib. Saya pun tak tahu apa keputusannya. Tapi dalam Metro kata, keputusan adalah sulit.

“Apa pun keputusannya, cuma satu harapan saya, ada perubahan dalam KPM. Tak kisahlah siapa menjadi kerajaan lepas ini, tolong ambil berat isu pendidikan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa parti politik di negara ini supaya tidak mempolitikkan isu pendidikan.

“Biar tangan yang ada ilmu, ahli akademik tentukan hala tuju pendidikan negara. Pendidikan perlu dipegang oleh tangan mereka yang cermat, teliti dan berilmu.

“Kerana pendidikan adalah nadi sesuatu bangsa dan negara. Siapa kita pada masa akan datang, di mana negara kita pada masa depan ditentukan oleh pendidikan hari ini,” katanya.

Tegas beliau, anak-anak kecil yang sedang memikul beg sekolah pada hari ini bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jisin berkata, keputusan itu akan dimaklumkan kepada guru berkenaan melalui ketua jabatan.

"Persidangan Lembaga Tatatertib baru sahaja tamat dan esok (hari ini) urusetia akan sampaikan keputusannya kepada Cikgu Mohd Fadli,” katanya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali pada Ahad berkata, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan bersidang pada semalam setelah menerima surat representasi yang dikemukakan oleh Mohd Fadli pada Jumaat lalu.

Terdahulu, Mohd Fadli menerusi laman Facebooknya mendedahkan beliau berdepan dengan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana didakwa menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang dikatakan terlalu tinggi.

Mengulas mengenai perkara yang dibangkitkan guru berkenaan, Mohd Radzi berkata, perkara yang diutarakan Mohd Fadli itu telah diambil tindakan oleh kementerian sejak 6 Mac lalu antaranya penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar.

"Berkaitan lokar, sehingga kini hampir 40 peratus lokar sudah dipasang di sekolah dan ia masih dalam proses pemasangan seperti mana kita janjikan sebelum ini," katanya.

Selain itu katanya, silibus digunakan di sekolah adalah yang diperkenalkan sejak tahun 2007.

"Apabila silibus diperkenalkan ia akan melalui satu pusingan, bermakna untuk sekolah rendah silibus ini diperkenalkan pada 2017 dan akan digunakan sehingga tahun 2022 (Tahun Satu hingga Enam) dan lengkaplah satu pusingan. Manakala bagi sekolah menengah kebangsaan pula, silibus diperkenalkan pada tahun 2017 dan tamat pada 2021.

"Telah saya jelaskan banyak kali bahawa KPM terbuka dan ambil pandangan semua pihak berhubung isu silibus ini, kita sentiasa semak silibus ini,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad