web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agihan PerantiSiswa Kepada 279,188 Pemohon Yang Lulus Disegerakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 8:47PM

Annuar Musa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menyegerakan pengagihan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 279,188 pemohon yang telah diluluskan menjelang akhir bulan ini. 

Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu perlu dipercepatkan memandangkan sehingga kini hanya 8.3 peratus atau 23,101 peranti sahaja telah diagihkan kepada pelajar yang layak. 

“Agihan baru 8.3 peratus dan ini angka yang rendah, oleh sebab itu saya datang buat tinjauan di gudang untuk pastikan stok 350,000 peranti dah sampai dan hari ini saya berpuas hati dan saya sahkan sendiri stok memang ada.

“Daripada jumlah stok 350,000 peranti ini, 100,000 set ada di gudang Samsung, 138,500 set di sini (J&T Distribution Solution Sdn Bhd) dan yang lain dihantar ke zon tengah (15,700), zon utara (20,000), zon timur (18,600), zon selatan (15,000) dan Sabah serta Sarawak (42,200),” katanya selepas melawat gudang simpanan peranti itu di J&T Distribution Solution Sdn Bhd, di sini hari ini. 

Menjelas lanjut, Annuar berkata proses pengagihan mengambil masa kerana taburan permohonan melibatkan segenap pelosok negara dan bukan membabitkan kampus dan sekolah semata-mata. 

Justeru, bagi memastikan pengagihan itu segera dilaksanakan, Annuar berkata pemberian peranti itu akan dibuat secara serentak melibatkan pengedaran di semua zon dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. 

“Kita tengok di zon tengah jumlah sangat besar dan kemungkinan kita buat pengedaran berpusat...pelajar  boleh datang untuk ambil dengan cara cepat dan mudah. 

“Saya minta supaya jadual pengagihan ini dapat disampaikan kepada saya esok dan kita akan lihat semua taburan pemohon di seluruh negara dan akan buat ketetapan bagaimana nak diedarkan dalam bulan ini juga. 

“Walaupun saya letakkan sasaran edaran hendaklah disempurnakan menjelang akhir November tetapi yang mana dah lulus 279,188 ini dapat diedarkan bulan ini juga sementara kes rayuan dan baki permohonan yang sedang diproses akan dibawa ke bulan depan,” katanya. 

Sehingga kini, sebanyak 474,311 permohonan untuk PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima melibatkan 95,882 bagi fasa pertama dan 378,429 untuk fasa kedua. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Politik 3 tahun yang lalu

Agihan Kerusi PRN Diputuskan Hujung Mei - Bung Moktar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan