web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaftaran Ubat Berasaskan Kanabis Dibuka Sekiranya Terbukti Selamat, Berkesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 7:51PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Pendaftaran bagi ubat berasaskan kanabis akan dibuka sekiranya wujud bukti kukuh bahawa ia boleh digunakan dengan selamat dan berkesan dalam rawatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Pusat Penyelidikan Klinikal (ICR) kini sedang mengadakan perbincangan bersama pakar terutama yang terlibat dalam bidang ekologi dan rawatan paliatif.

"Ini merangkumi multiple sclerosis, epilepsi dan sebagainya. Pakar-pakar sedang menyemak data daripada negara luar dari segi keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis untuk penyakit tertentu.

"Sekiranya memang ada bukti kukuh bahawa kanabis boleh digunakan dan ia selamat dan berkesan maka kita boleh buka untuk pendaftaran untuk penyakit tertentu," katanya pada sidang media di Hospital Serdang, di sini hari ini.

Khairy memberitahu, apa yang penting adalah pakar perlu berpuas hati bahawa kanabis sememangnya boleh digunakan untuk kondisi tertentu.

Baru-baru ini, Khairy berkata, kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini.

Beliau yang ketika itu mengakhiri lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok, Thailand berkata, negara tersebut banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya berhubung penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanaman.

Sebelum ini, banyak pihak telah bersuara dan merayu agar kerajaan melonggarkan sekatan terhadap penggunaan segelintir jenis kanabis perubatan, termasuk CBD atau ‘cannabidiol’ bagi tujuan rawatan di negara ini.

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi antaranya berkata, kanabis perubatan wajar disenaraikan dalam Akta Racun 1952 agar ia boleh diimport untuk digunakan pesakit yang benar-benar memerlukan.

Lebih 40 negara setakat ini dilaporkan meluluskan penanaman, penggunaan serta penjualan hemp (ganja industri) atau ganja perubatan (medical marijuana), termasuk Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Argentina dan Denmark.

Pada 26 Disember 2018, Thailand dilaporkan meluluskan pindaan terhadap undang-undang narkotik negara itu yang menyaksikan penggunaan produk ganja dan ketum untuk tujuan perubatan, tidak lagi menjadi kesalahan. - Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad