web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Jantung Hospital Serdang Dilengkapi Peralatan Canggih, Mula Operasi Disember

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 4:13PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Pusat Jantung Hospital Serdang di sini yang bakal dilengkapi peralatan terkini serba canggih termasuk dewan bedah hibrid pertama di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), bakal beroperasi bermula 12 Disember nanti.

Majlis penyerahan projek itu telah disaksikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Khairy dalam ucapannya berkata, menyedari hakikat bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu negara, pusat kardiologi tersebut ditubuhkan bagi mempercepat penerimaan rawatan oleh pesakit. 

Menurut beliau, ia dijangka dapat mengurangkan masa menunggu rawatan angiogram dari 18 bulan kepada sembilan bulan untuk kes elektif yang stabil namun prosedur kecemasan tetap diberi keutamaan serta-merta.

“Dengan adanya bangunan baru ini, perkhidmatan jantung Hospital Serdang mampu menerima pesakit dua kali ganda berbanding bilangan pesakit sedia ada.

“Kalau dahulu, kita dapat buat 30,000 prosedur jantung. Dengan pusat ini, ia akan meningkat kepada 60,000 prosedur jantung setiap tahun,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang (Reka dan Bina) di sini hari ini. 

Khairy memberi jaminan, Pusat Jantung Hospital Serdang itu kekal sebagai fasiliti di bawah KKM. 

Beliau berkata, ia susulan spekulasi kononnya fasiliti tersebut tidak akan dikendalikan KKM, termasuk mencari model baharu dan sebagainya. 

“Ia ersesuaian dengan peranannya sebagai pusat rujukan rawatan jantung dan mengambil kira perkhidmatan yang ditawarkan di sini secara menyeluruh termasuk pembedahan, bius dan perfusi, pemulihan, pengimejan dan lain-lain,” katanya. 

Pusat kardiologi berkenaan memilkii sebuah blok setinggi lapan tingkat yang menempatkan 262 katil dan satu blok tempat letak kereta setinggi sembilan tingkat dengan 536 petak parkir. 

Projek tersebut diluluskan di bawah Rolling Plan 4 Tahun 2015 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Jabatan Kerja Raya dilantik sebagai agensi pelaksana.

Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM546 juta, mencakupi RM311 juta untuk pembinaan bangunan dan RM235 juta bagi perolehan peralatan. 

Selain dewan bedah hibrid canggih, fasiliti terbabit juga merupakan yang pertama dilengkapi Mesin MRI 3.0 Tesla, khusus untuk pengimejan diagnostik jantung serta kelengkapan teknologi maklumat (ICT). - Getaran, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad