web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


25 Gelandangan Ditahan Kerana Terlibat Kesalahan Dadah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 7:53AM

25 gelandangan ditangkap dalam operasi yang dijalankan polis di flat kawasan Jalan San Peng, baru-baru ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 25 gelandangan termasuk seorang wanita berumur antara 20 dan 61 tahun yang disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam pemeriksaan narkotik di flat kawasan Jalan San Peng di sini, pada kira-kira pukul 7.00 pagi, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dua daripada suspek lelaki itu ditahan selama 60 hari di lokap Balai Dang Wangi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya 1985 kerana disyaki pengedar dadah.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata polis turut merampas 13 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi heroin seberat 23.9 gram, dan tiga paket plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja yang dianggarkan seberat lima gram. 

Menurutnya semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. 

Sementara itu Mohamad Zainal berkata polis menahan dua wanita disyaki pelacur warga Thailand, seorang disyaki pelacur dari Uganda, dan seorang wanita Bangladesh yang menjadi ‘penjaga’ tempat pelacuran itu, dalam serbuan Ops Noda di sebuah hotel di Jalan Nagasari di sini, kira-kira pukul 5.00 petang semalam.

Katanya kesemua suspek yang berumur antara 20 dan 50 tahun ditahan reman sehingga 17 April bagi membantu siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar