web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua Judi Haram Sumatera Utara Ditahan Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 5:42PM

Apin BK didakwa menjalankan operasi perjudian haram dalam talian ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Jumaat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Apin BK, pelarian warga Indonesia yang didakwa menjalankan operasi perjudian haram dalam talian di negara itu ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Jumaat.

Ketua Polis Nasional Indonesia Jen Listyo Sigit Prabowo berkata dia ditahan hasil kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia. 

“Penangkapan ini menandakan komitmen kami dalam membanteras perjudian haram dalam talian di negara ini,” kata Listyo Sigit pada sidang akhbar.

Polis Indonesia membawa balik Apin BK menaiki penerbangan komersial malam tadi dan dia dibawa terus ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

Pada 9 Ogos, Apin BK melarikan diri ke Singapura ketika polis Sumatera Utara menyerbu premis perjudian itu di Kompleks Cemara Asri di Deli, Serdang.

Beberapa anggota kemudiannya ditugaskan di beberapa negara untuk menjejaki Apin BK yang melarikan diri ke Singapura sebelum memasuki Malaysia, kata Listyo Sigit.

Seramai 14 orang yang disyaki pengendali perjudian dalam talian untuk rangkaian Apin BK dilaporkan telah ditahan pada Khamis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad