web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Halang Tugas Penjawat Awam, Cetus Provokasi, Pemimpin PKR Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 4:15PM

Seorang lelaki dipercayai pemimpin PKR Cabang Batu di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung provokasi mempersoalkan kuasa polis. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai pemimpin PKR Cabang Batu di sini ditahan bagi membantu siasatan selepas enggan memberikan kerjasama dengan membuat provokasi mempersoalkan kuasa polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki tersebut ditahan selepas pihaknya menerima makluman berhubung tindakan suspek memberi pengucapan awam pada jam 5.45 petang semalam.

“Individu itu menggunakan pembesar suara di atas jalan dan telah menghalang lalu lintas di Jalan 45/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2.

“Anggota yang bergegas ke tempt kejadian mendapati lelaki terbabit memegang sebatang kayu yang diikat bersama bendera parti politik serta memegang pembesar suara. Dia sedang berkempen berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut meminta lelaki tersebut untuk mengemukakan pengenalan diri, namun dia enggan memberikan kerjasama dengan membuat provokasi mempersoalkan kuasa polis.

“Setelah menerangkan hak untuk menahan dan memeriksa, dia dinasihati untuk beredar tetapi enggan berbuat demikian.

“Malah dia sekali lagi melakukan provokasi dengan mempertikaikan hak pengadu sebagai seorang anggota polis. Susulan itu, dia ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Eng Lai, semakan rekod mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana membuat halangan di jalan awam.

“Orang ramai dinasihatkan  supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga ketenteraman awam. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai juga dinasihati untuk memberikan maklumat jenayah dengan cara menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian: 03-40482222,” katanya.

Terdahulu, Naib Ketua Cabang PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 9.45 malam semalam.

Rozan mendakwa dia telah ditahan secara paksa dan digari dua pegawai polis semasa menjalankan kempen memeriksa kawasan undi di Taman Koperasi Polis 2, Batu Muda di sini, pada jam 6 petang semalam.

“Saya tidak dimaklumkan apa kesalahan saya. Saya telah dibawa ke Balai Polis Jinjang dan kemudian sekarang IPD Sentul (9.45 malam). Mohon bantuan guaman,” katanya. – Getaran, 15 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad