web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Perlu Diberi Kuasa Buat Keputusan Secara Bebas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 9:04AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya bahawa bagi badan kehakiman, mahkamah perlu diberi kuasa untuk membuat keputusan secara bebas tanpa pengaruh dan campur tangan daripada sesiapa.

Beliau berkata, kebebasan ini perlu merangkumi situasi ketika hakim perlu menggunakan budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Katanya, keputusan Kabinet baru-baru ini untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberi kuasa budi bicara kepada hakim dalam menjatuhkan hukuman, adalah satu contoh mengekalkan kebebasan badan kehakiman.

“Keputusan Kabinet untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia kebanyakannya berkisar kepada memberikan budi bicara kepada hakim untuk memutuskan hukuman paling sesuai, melihat kepada pelbagai kes yang dibicarakan,” katanya.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi berkata demikian dalam ucaptama pada Simposium University Malaya-National University of Singapore Hybrid: Constitutional Amendments and The Basic Structure in Malaysia di sini semalam.

Menjelaskan mengenai pindaan yang dibuat ke atas Perlembagaan Persekutuan, beliau berkata sejak enam dekad lepas, Perlembagaan Persekutuan telah diubah tidak kurang daripada 57 kali.

“Sepanjang tempoh saya memegang jawatan ini, ia dipinda tiga kali. Pindaan yang membantu memenuhi tujuannya ialah pindaan yang baik,” katanya.

Wan Junaidi berkata, berbeza dengan bidang lain, undang-undang sentiasa berkembang dengan pengimbangan berterusan pelbagai pertimbangan yang berbeza.

“(Ia) memerlukan penggubal undang-undang merendah hati untuk menyedari kesilapan mereka dan undang-undang boleh diperbaiki.

“Justeru, saya menggalakkan bakal penggubal undang-undang di negara ini untuk terus menyoal, berfikir dan menganalisis,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad