web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parlimen Bubar: Kerajaan, PM, SPR Mohon Batal Saman Pemula Charles Santiago

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 9:28PM

Ketiga-tiga defendan memfailkan permohonan itu atas alasan saman tersebut mengaibkan, remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14. 

Ketiga-tiga defendan memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini atas alasan saman tersebut mengaibkan, remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah.

Kesemua defendan berkata saman itu tidak mendedahkan sebarang klausa tindakan yang munasabah terhadap mereka kerana kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam membuat pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-14 di bawah Perkara 55 (2) dan Perkara 40(2) (b) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diadili dan dipertikaikan di mahkamah.

Kata defendan, kuasa untuk membubarkan sesuatu Parlimen adalah suatu kuasa prerogatif YDPA di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) yang mana YDPA boleh mengikut budi bicaranya membubarkan Parlimen tanpa perlu mendapatkan nasihat Jemaah Menteri di bawah Perkara 40(1) dan Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Isu permintaan pembubaran Parlimen ke-14 oleh defendan pertama (Ismail Sabri) kepada YDPA pada 9 Okt 2022 adalah bersifat akademik kerana YDPA telah memperkenankan permintaan itu di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55 (2) dan seterusnya membubarkan Parlimen ke-14,” kata defendan.

Menurut permohonan itu, SPR mempunyai tugas keperlembagaan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan suatu Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan kuasa SPR  untuk mengadakan PRU tidak boleh diadili.

“Plaintif tidak dapat mengekalkan sebarang bentuk relif yang mempunyai kesan sama dengan mencabar kuasa YDPA untuk pembubaran Parlimen ke-14 dan seterusnya menghalang Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) diadakan,” menurut defendan.

Menurut defendan, sebarang cabaran terhadap sesuatu perjalanan pilihan raya tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 20 Okt ini.

Charles selaku plaintif memfailkan saman pada 11 Okt lalu, antaranya memohon deklarasi bahawa permintaan Ismail kepada YDPA pada 9 Okt lepas untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat atau kuasa am, jemaah menteri dan oleh itu ia terbatal serta tidak sah.

Beliau juga memohon perintah mahkamah supaya PRU15 dihentikan atas alasan musim banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan