web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ADUN BN Letak Jawatan EXCO Kerajaan Negeri Kedah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 5:02PM

Suraya Yaakob - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Suraya Yaakob, meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang tersebut tidak menyatakan sebarang alasan berhubung tindakannya itu, sebaliknya, hanya merakamkan penghargaan kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perkenan melantiknya sebagai Exco.

Suraya turut merakam penghargaan terhadap barisan exco dan kepimpinan kerajaan negeri Kedah, termasuk semua jabatan dan agensi kerajaan yang berada di bawah portfolionya selama ini.

“Berjiwa besar, pastinya saya tidak akan lupa pada segala cabaran dan pengalaman membantu penyelarasan mempercepat projek menaiktaraf 5 Loji Rawatan Air (LRA) yang tertangguh akibat dihentikan kerajaan negeri terdahulu, menyaksikan manfaat bernilai RM2.62 bilion atas penstrukturan semula industri air negeri Kedah, meliputi penghapusan hutang.

“RM1.82 bilion dan selebihnya bagi kos membina 2 buah LA baharu di Sidam Kiri dan Kodiang,” katanya.

Untuk rekod, beliau adalah ADUN dari Barisan Nasional (BN) Kedah.

Suraya turut berkongsi pengalaman membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat Kedah, melibatkan dua Takungan Air Pinggiran Sungai TAPS (ORS 7 dan 9) untuk dibangunkan sebagai kegunaan menakung lebihan air yang melimpah ruah pada musim tengkujuh bagi digunakan pada musim kemarau.

“Paling mencabar, sudah tentu saya dan rakan-rakan bertungkus-lumus menghadapi cabaran bencana banjir kepala air di Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santa dan krisis air pada kemarau 2021.

“Namun Alhamdulillah, berkat kesabaran, keikhlasan dan jati diri selaku anak jati Kedah, saya yakin diri ini telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sedaya mungkin sebagai exco kerajaan negeri Kedah, sebagaimana diamanahkan kerajaan negeri dan rakyat negeri Kedah,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad