web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Perak Belum Bubar, Tunggu Pertimbangan Sultan - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 5:41PM

Saarani berkata hasrat berkaitan pembubaran DUN telah dipersembahkan kepada Baginda dalam sesi menghadap hari ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak masih belum dibubarkan sementara menanti pertimbangan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, terhadap permohonan pembubaran yang dipersembahkan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata hasrat berkaitan pembubaran DUN telah dipersembahkan kepada Baginda dalam sesi menghadap hari ini.

“Tadi saya telah serah warkah permohonan pembubaran DUN ke-14 untuk pertimbangan Sultan Perak selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

“Pada sesi itu, Sultan Nazrin bertitah bahawa Baginda mengambil maklum mengenai permohonan yang dikemukakan dan akan membuat pertimbangan sewajarnya.

“Oleh yang demikian, sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN Perak akan diumum selepas Tuanku berkenan membuat keputusan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan pembubaran Parlimen Ke-14, Perdana Menteri turut mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor, agar mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN masing-masing, bagi membolehkan pilihan raya negeri dan parlimen diadakan serentak.

Saarani berkata ketika menghadap, beliau turut menyembah maklum mengenai syor Perdana Menteri supaya ketua kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi pembubaran DUN, untuk membolehkan pilihan raya diadakan secara serentak.

Beliau berkata kuasa untuk membubarkan DUN adalah di bawah kuasa Sultan Perak dan perjalanan serta pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa, sehingga Baginda membuat pertimbangan.

Tanpa meletakkan jangkaan masa atau tarikh bagi Sultan Nazrin mencapai keputusan, Saarani berkata : “Ia bergantung kepada kebijaksanaan Tuanku.”

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PRK Jepak: Proses Pengundian Berjalan Lancar - Pengerusi SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad