web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Hadapi Kekangan Jika Banjir Ketika PRU-15

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 5:01PM

Hamzah tiba di Taklimat Op Banjir di Bukit Aman, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berdepan kekangan dalam menggerakkan keanggotaan operasi pengurusan Op Banjir jika bencana itu berlaku serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keadaan itu berkemungkinan berlaku disebabkan kekuatan anggota PDRM juga perlu diatur gerak bagi penugasan PRU-15 selaras dengan akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, berdasarkan rekod, hampir 75,000 anggota polis ditugaskan bagi PRU-14 lalu manakala PDRM menganggarkan lebih 94,000 anggota perlu ditugaskan bagi membantu melancarkan perjalanan PRU-15.

“Ini kerana sudah ada peningkatan pengundi sekali gus peningkatan saluran yang memerlukan penambahan anggota, iaitu sekurang-kurangnya seorang anggota polis bertugas bagi setiap saluran mengikut akta SPR dengan dibantu anggota RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) di kawasan luar pusat mengundi.

“Apa yang kita takutkan adalah PRU kali ini bertembung dengan banjir dan sebab itu kami membincangkan perkara ini dengan agensi lain jika berlaku penugasan menyelamatkan mangsa banjir nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar Taklimat Op Banjir disampaikan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali di Bukit Aman, di sini, hari ini.  

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Hamzah berkata, KDN melalui Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Bersepadu (JKPB) sudah melakukan simulasi komprehensif melibatkan lima zon di kesemua 14 negeri seluruh negara sebagai persediaan menghadapi banjir dan PRU ke-15.

“Kita sudah menjalankan simulasi yang tidak hanya membabitkan PDRM tetapi juga agensi lain. Bukan sahaja sebagai kesiapsiagaan banjir tetapi juga persediaan dalam penugasan PRU ke-15,” katanya.

Mengulas mengenai situasi sekiranya ada sekolah digunakan sebagai pusat mengundi dan sebagai pusat perpindahan sementara (PPS), beliau berkata, tidak semua sekolah dijadikan sebagai pusat mengundi.

“Bukan semua sekolah dijadikan sebagai pusat mengundi oleh SPR. Walaupun banyak sekolah digunakan dalam pilihan raya tetapi tidak semua.

“Ada kawasan sekolah yang selamat dan mudah dijaga serta dikawal ketika pilihan raya cuma mungkin memerlukan lebih ramai sukarelawan bertugas,” katanya.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan persediaan dan kesiapsiagaan aset strategik dan anggota PDRM yang boleh diatur gerak khusus bagi menghadapi bencana banjir besar  bila-bila masa.

“PDRM akan dibantu oleh jabatan dan agensi lain di bawah KDN seperti RELA dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Seramai 21,018 anggota polis, 367 bot, 845 kenderaan pacuan empat roda, 454 lori serta 11 aset udara sedia untuk dikerahkan mengikut keperluan dan perkembangan semasa,” katanya.   

Beliau berkata, semua ketua polis daerah juga diarah untuk melakukan persediaan awal bagi mengetuai pusat operasi pengurusan banjir di peringkat daerah masing-masing.

“Selain itu, seramai 4,367 pegawai dan anggota RELA bersama aset mereka iaitu 41 lori dan 36 kenderaan pacuan empat roda juga dalam keadaan siap sedia untuk diatur gerak di lokasi berpotensi berdepan banjir.

“APMM pula ditugaskan memberi bantuan ke pulau-pulau khususnya penghantaran bekalan makanan dan keperluan asas selain pemindahan mangsa banjir dengan menggunakan pesawat udara,” katanya.

Katanya, terdapat laporan daripada PDRM mengenai beberapa kawasan seperti di Tanjung Karang, Selangor; Baling, Kedah; Kuala Pilah, Negeri Sembilan serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak yang sudah dinaiki air. 

“Justeru itu, PPS sudah diaktifkan di kawasan terbabit dan misi bantuan juga diatur gerak kepada mangsa.

“Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM di talian 03-22663333/03-22663444/ 03-22663451 atau talian MERS 999,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad