web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permohonan Najib Cabar Keputusan Jabatan Penjara Didengar 19 Oktober

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 3:26PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Oktober untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkan permohonannya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas sebutan kes itu hari ini yang dihadiri Peguam Persekutuan M Kogilambigai, yang bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Najib.

Terdahulu, Kogilambigai memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mengkaji permohonan bekas perdana menteri itu bagi kebenaran semakan kehakiman.

“Kami memerlukan masa untuk mengkaji penghujahan dan kami akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada AGC akan mengemukakan sebarang bantahan berhubung perkara itu,” katanya sambil menambah tiada keperluan mendesak berhubung perkara itu kerana Parlimen telah dibubarkan dua hari lepas.

Sebaliknya, Muhammad Shafee perkara itu amat mendesak kerana terdapat isu perundangan yang serius yang akan ditentukan oleh mahkamah, termasuk sama ada Najib boleh dicalonkan dan hadir di pusat penamaan calon di mana beliau akan bertanding.

“Saya cadangkan agar permohonan itu didengar pada Jumaat ini (14 Oktober),” kata peguam itu.

Pada 5 Oktober lepas, Najib, 69, memfailkan permohonan menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden ketiga (Komisioner Jeneral Penjara) yang tidak membenarkannya mengakses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja Parlimen, perundangan dan pengundi kawasannya.

Najib juga memohon perintah untuk mengetepikan keputusan responden ketiga itu yang tidak membenarkannya menghadiri Parlimen pada tarikh persidangan yang dijadualkan.

Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata keputusan responden pertama dan ketiga yang menolak permohonannya atas alasan keselamatan telah disampaikan kepadanya melalui Pejabat Penjara Kajang pada 28 September.

Najib juga menyatakan bahawa keengganan responden pertama dan ketiga untuk membenarkannya mengakses kepada pegawai dan pembantunya bagi tujuan perkara berkaitan Parlimen serta pengundinya dan tindakan tidak diambil oleh responden kedua adalah tindakan tidak munasabah atau tidak rasional.

Najib berkata menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai kewajipan perlembagaan untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan sebagai Ahli Parlimen dalam mewakili pengundi Pekan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abdul Halim Janji Lebih Agresif, Perkukuh Reformasi Institusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad