Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Benar Eksport Ayam Langkah Yang Baik, Tapi Longgarkan Juga Harga Siling

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Oct 2022 11:18AM

Jeffry Ng berkata walaupun kerajaan membenarkan semula pengeksportan ayam hidup namun tumpuan kini adalah terhadap aspek kawalan harga siling runcit ayam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kerajaan diminta untuk tidak mengawal harga siling ayam dengan ketat, bagi menjamin kestabilan bekalan dan aktiviti pengeksportan ayam di Malaysia.

Langkah tersebut disifatkan penting untuk memajukan lagi aktiviti pengeksportan dalam sektor penternakan ayam hidup, khususnya ke Singapura.

Menurut Presiden Persatuan Penternak Ayam Persekutuan, Datuk Jeffry Ng Choon Nge, kelonggaran yang diberikan kerajaan dengan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging amat dialu-alukan, namun adalah lebih penting tumpuan terlebih dahulu diberikan kepada aspek kawalan harga siling runcit ayam.

“Isunya kalau kamu (kerajaan) mengawal harga terlalu ketat atau rendah, semua orang akan terkesan.

“Sebagai contoh, subsidi dari bulan Julai dan Ogos diberikan sebanyak RM1.20, sekarang ia dikurang menjadi 80 sen. Jadi sekilo ayam yang kita ternak dan jual hari ini akan rugi kerana anak ayam pada bulan tersebut berharga RM2.50, sekarang sudah jadi RM3. Maka aktiviti untuk eksport juga akan bertambah susah,” ujarnya.

Jika diimbas kembali kata Jeffry, majoriti pengusaha sebelum ini menanggung kerugian kerana sekatan pergeskportan ayam dilakukan kerajaan mengakibatkan kos yang perlu ditanggung melonjak naik.

“Jadinya sekarang dah boleh eksport ayam ini, mereka sudah boleh tampung kerugian tersebut,” ujarnya.

Jeffrey Ng berkata jika ladang rugi dan terpaksa ditutup, ruang pekerjaan untuk orang tempatan juga tiada. - Gambar fail
Jeffrey Ng berkata jika ladang rugi dan terpaksa ditutup, ruang pekerjaan untuk orang tempatan juga tiada. - Gambar fail

Jelas beliau, terdapat juga ladang ternakan ayam, khusus untuk bekalan eksport ke Singapura seperti jenama Sakura Chicken (ayam organik) yang akan membantu mengembangkan lagi industri dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Jika ladang rugi dan terpaksa ditutup, ruang pekerjaan untuk orang tempatan juga tiada. Jika untung, rakyat juga yang untung, malah ternakan ayam dapat menyumbang sebagai antara pendapatan kepada negara juga.

“Keputusan kelonggaran ini untuk aktiviti pengeksportan sangat bagus dan dapat membentuk keharmonian antara Malaysia dan Singapura,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Urusan ArisProp Holding Sdn Bhd, Datuk Haris Embong menyuarakan pendapat senada, dan bersetuju dengan realiti bahawa kebenaran semula pengeksportan ayam akan memberi kelebihan dan keuntungan kepada pengusaha, penternak serta pengeluar ayam tempatan.

“Ia akan mengembangkan lagi prospek usahawan dan penternak dan ini tindakan yang sangat baik,”ujarnya.

Beliau yang juga pemilik ladang ternakan serta pengeluar daging burger jenama Aris berkata, golongan pengusaha berdepan pelbagai masalah sewaktu sekatan dilaksanakan kerajaan akibat pandemik COVID-19.

“Apabila Singapura tidak dapat tempahan dari Malaysia, dia (Singapura) akan mencari alternatif lain seperti di Indonesia dan Thailand walaupun ia agak rumit dan harganya lebih mahal.

“Ini kerana Singapura agak teliti dalam mengimport ayam hidup. Mereka perlu datang untuk melakukan pemeriksaan dahulu di ladang. Semakan dan spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Veterinar di sana perlu dipatuhi, jadi sedikit sebanyak ia mendatangkan kerugian kepada pengusaha.

Katanya lagi, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang tentang bekalan ayam kerana harga haiwan itu walaupun mengalami kenaikan, harga siling ayam masih perlu dipantau dan dikawal.

“Dalam keadaan sekarang ini rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana ayam ini merupakan protein utama kepada rakyat. 

“Harga tetap akan naik tetapi kita masih mampu mengawal dan menggunakannya berbanding negara lain,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya sekatan eksport ayam hidup pedaging (live commercial broilers) dilonggarkan secara berfasa. - Getaran, 12 Oktober 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Sukan 1 hari yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Semasa 15 jam yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM