web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Halang Kebangkitan Kleptokrat Pada PRU-15

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 3:09PM

Khalid Abd Samad - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu sedar bahawa perjuangan menolak golongan kleptokrat yang diusahakan dengan jayanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih belum selesai. 

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad berkata, golongan tersebut ingin kembali berkuasa dan rakyat wajib bangun kembali untuk menggagalkan usaha mereka, melalui PRU-15 yang bakal menjelang.

"Sejak dari awal lagi kehendak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaku Perdana Menteri untuk menangguhkan PRU-15 hingga ke tahun depan tidak berhasil. Ini adalah kerana kuasa sebenar tetap berada di tangan Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Maka keputusan tarikh PRU 15 diputuskan mengikut kepentingan parti dan peribadi Datuk Seri Zahid.

"Maka episod ini mendedahkan kedudukan sebenar Ismail Sabri, iaitu seorang Perdana Menteri patung atau boneka yang bergerak dan bersuara di atas perintah dan keputusan yang dibuat oleh UMNO pimpinan presidennya, Ahmad Zahid," katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada 3 petang, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Khalid mendakwa, ketika kempen pilihan raya berlangsung kelak, kemungkinan wajah Ismail Sabri diketengahkan sebagai 'poster boy' calon Perdana Menteri namun dikatakan bukan beliau yang akan berkuasa.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa, Ahmad Zahid tetap akan berada di tempat duduk pemandu (driver's seat) dan menentukan jalan dibuka seluasnya bukan sahaja untuk beliau tetapi juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, agar kembali berkuasa, sekali gus bermakna dan negara sekali lagi bakal dikuasai golongan kleptokrat.

Pada masa sama, Khalid berkata, pembubaran Parlimen semalam juga membuktikan PAS sejak dari awal lagi tersilap langkah dalam keputusan dan tindakan politik, yang natijahnya mungkin akan mengukuhkan kembali kedudukan golongan didakwa sebagai ‘perompak dan penyamun' di negara ini.

Menurutnya, keputusan PAS untuk bersama dengan UMNO dan pengkhianat Pakatan Harapan (PH) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan beberapa ahli Parlimen PKR yang menyertai 'Langkah Sheraton' dikatakan telah menghidupkan semula kuasa politik perompak dan penyamun wang negara. 

"Perjuangan PH untuk bersama rakyat menolak politik kleptokrat telah dikhianati PAS dan BERSATU. Sekiranya budaya politik kleptokrat kembali berkuasa, ia adalah hasil 'kebodohan' PAS dan BERSATU pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tidak ketinggalan dalam persoalan ini adalah Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin. Mereka menghidupkan kleptokrat setelah dijatuhkan rakyat dan PH," katanya.

Usaha PAS yang tidak pernah serik untuk terus bersama dengan UMNO terbukti kini tambahnya, umpama 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' apabila ditolak mentah-mentah oleh UMNO. 

Jelasnya, setelah PAS berjaya diperalat oleh UMNO dan BN, maka PAS dibuang seperti peribahasa Melayu, 'habis madu, sepah dibuang'.

"PAS pasti sedar bahawa usaha untuk bersama UMNO sekarang adalah hanya untuk menyelamatkan kedudukan PAS yang sedang selesa berkuasa dan bukan atas nama kebenaran dan keadilan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Khalid menegaskan, rakyat perlu memahami senario berkenaan dan membuat keputusan yang tepat dalam pilihan raya umum akan datang agar  tidak tertipu lagi.

"Mari kita gunakan undi kita untuk menghukum 'perompak dan penyamun' serta rakan-rakan kongsi jenayah mereka dalam pilihan raya umum kali ini untuk selama-lamanya," ujarnya. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam