web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peguam Najib Diberi Amaran Tiada Lagi Penangguhan Soal Saksi Dalam Bicara 1MDB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 2:28PM

Mohammad Shafee hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi prosiding perbicaraan berhubung kes 1MDB. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memberi amaran kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa mereka tidak lagi dibenarkan untuk menangguhkan menyoal balas mana-mana saksi pendakwaan.

Hakim itu berkata demikian ketika peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed meminta pemeriksaan balas ke atas saksi pendakwaan ke-40 iaitu bekas Pengarah Urusan AmInvestment Bank Berhad Kok Tuck Cheong, ditangguhkan.

Wan Aizuddin memberitahu mahkamah, peguam utama Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah mempunyai satu lagi kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah permohonan itu.

“Yang Arif, pihak pendakwaan tidak dapat memanggil saksi baharu kerana tiga saksi masih belum selesai memberi keterangan. Kami mempunyai saksi yang telah disenaraikan. 

“Kami semua perlu membuat pelarasan. Saya ada perbicaraan kes yang masih belum selesai dan telah meminta hakim untuk melapangkan perbicaraan itu, kami juga membuat penyesuaian,” kata Sri Ram.

Pada ketika ini, Hakim Sequerah yang tidak berpuas hati dengan permintaan pihak pembelaan, berkata pada masa akan datang, jika Muhammad Shafee tidak dapat menjalankan pemeriksaan balas, maka Wan Aizuddin harus mewakilinya.

“Kamu tidak boleh lagi berbuat demikian. Prosiding perbicaraan yang dijalankan secara tertangguh, berulang kali, dengan menangguhkan saksi (memberi keterangan), saya telah banyak kali bertolak ansur. Bermula dari sekarang, jika Tan Sri Shafee tidak dapat melakukan pemeriksaan balas, kamu (Wan Aizuddin) harus menggantikannya.

“Kamu semua (Shafee & Co) mempunyai pasukan yang besar dan kamu (Wai Aizuddin) berkemampuan untuk melakukannya kerana sudah biasa dengan fakta kes ini. Selepas ini, beginilah perbicaraan kes ini akan berjalan.

“Pada masa akan datang, jika Tan Sri Shafee tidak ada (dan tidak ada sesiapa yang dapat menjalankan pemeriksaan balas), saya akan menganggap pemeriksaan balas telah selesai dan meneruskan untuk mendengar pemeriksaan semula,” kata hakim itu.

Wan Aizuddin berkata beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Muhammad Shafee dan akan bertindak sewajarnya.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung pada 2.30 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi