web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSIH Bidas PRU-15 Sebelum Bajet 2023 Dilulus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 8:04PM

BERSIH bimbang dengan pembentangan semula bajet dan sama ada ia akan diluluskan, sekali gus menyebabkan ketidakstabilan politik pada masa depan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembubaran Parlimen sebelum Bajet 2023 diluluskan boleh mencetuskan krisis sekiranya belanjawan dibentangkan kerajaan baharu tidak diterima, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Mengecam tindakan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat, Jawatankuasa Pemandu BERSIH memaklumkan, gabungan itu melahirkan kebimbangan mengenai pembentangan semula bajet dan sama ada ia akan diluluskan, sekali gus menyebabkan ketidakstabilan politik pada masa depan.

“BERSIH bimbang tidak kira mana-mana parti politik yang berkuasa, mereka perlu membentangkan semula bajet, sama ada belanjawan sama atau berbeza.

“Ini mungkin menjadi titik krisis, mengakibatkan kejatuhan kerajaan baharu jika bajetnya tidak diundi rakan pakatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut BERSIH, dakwaan wujudnya ketidakstabilan politik ketika ini sehingga memerlukan PRU-15 diadakan segera adalah tidak bertanggungjawab dan meragukan.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk mempertaruhkan nyawa dan kehilangan harta benda bagi tuntutan yang meragukan demi mencapai kestabilan politik.

“Pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mungkin terpaksa menghentikan PRU-15 di kawasan terjejas, atau jika terlalu banyak tempat berdepan banjir, ia perlu ditangguhkan di seluruh negara,” katanya.

Di sebalik kemungkinan banjir, BERSIH menyeru semua rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab itu, bagi memberikan legitimasi kepada Parlimen dan kerajaan baharu.

“Peratusan kadar keluar mengundi yang tinggi boleh memberikan legitimasi kepada Parlimen Ke-15, di mana Ahli Parlimen yang dipilih benar-benar mewakili sebahagian besar pengundi mereka, malah kerajaan baharu ditubuhkan boleh diyakini pengundi,” katanya.

Mengulas lanjut, BERSIH berkata, pengundi mesti menggesa parti politik dan calon untuk melaksanakan pembaharuan, seperti membabitkan Jabatan Peguam Negara dan pembiayaan politik.

Katanya, SPR juga digesa membuka permohonan undi pos kepada rakyat Malaysia di luar negara serta memberikan hak mengundi kepada rakyat di Sabah dan Sarawak menetap di Semenanjung yang tidak dapat pulang pada hari pengundian serta sebaliknya.

BERSIH berkata, semua langkah itu, berpotensi memenuhi hak 2.5 juta pengundi layak.

“BERSIH juga menasihatkan negeri yang tidak merancang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, serentak dengan Parlimen untuk PRU-15 supaya berunding antara satu sama lain dan merancang tarikh pembubaran bersama. – The Vibes, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sabah Perlu Pembenihan Awan Segera - Armizan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kekurangan Bekalan Gula Di Pantai Timur Bukan Satu Krisis - Salahuddin

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 83

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi