web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sungai Padang Terap Melebihi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 9:13PM

Seorang anggota APM melakukan pemantauan di sekitar Sungai Anak Bukit. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sungai Padang Terap di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap mencatatkan bacaan melebihi bahaya iaitu 13.79 meter (m) melepasi paras bahaya 13.02 meter setakat 7 malam ini, berikutan hujan sejak awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata lima lagi sungai di empat daerah pula merekodkan paras air melebihi waspada.

"Lima sungai melebihi paras waspada ialah Sungai Sari (27.45m) dan Sungai Perik (11.76m) di daerah Padang Terap; Sungai Anak Bukit di Kota Setar (2.14m), sungai di Empangan Beris di Sik (84.07m) serta Sungai Ketil di Baling (15.68m)," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Muhammad Suhaimi berkata satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada 2 petang tadi di Kompleks Rakan Muda, Baling yang menempatkan 151 mangsa daripada 47 keluarga.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di beberapa kampung berdekatan sungai di daerah Kota Setar mendapati penduduk berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Seorang penduduk di Kampung Alor Gunung, Hasrah A. Hamid, 61, berkata dia sekeluarga sudah terbiasa dengan kejadian banjir dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya paras air sungai meningkat.

“Cumanya, yang membimbangkan setiap kali banjir adalah anak lelaki yang berusia 32 tahun dan mengalami sakit buah pinggang kronik sejak dua tahun lepas kerana dia sering mengalami jangkitan kuman sebab terdedah kepada persekitaran tidak bersih,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad