web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke London Untuk Lawatan Khas Ke UK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 7:00PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke London, United Kingdom bagi mengadakan Lawatan Khas bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain, Raja Charles III, di Istana Buckingham, London pada 12 Oktober ini.

Menurut beliau, lawatan khas itu mencerminkan keakraban Yang di-Pertuan Agong dengan Raja Charles III.

“Baginda menjalin persahabatan dengan Raja Charles IlI sejak lebih empat dekad dan pernah bersukan polo berkuda bersama-sama ketika zaman remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.

“Kunjungan hormat ini juga mencerminkan hubungan dua hala yang rapat di antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan Malaysia 65 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai Raja baharu Britain oleh Majlis Pemasyhuran pada 10 September lalu dalam upacara penuh adat istiadat.

Ia susulan kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu. 

Majlis berkenaan, dalam acara yang pertama kali disiarkan di televisyen, memaparkan acara rasmi sejak berkurun lamanya bagi mengiktiraf kedaulatan Raja baharu walaupun baginda secara automatik menggantikan mendiang Ratu Elizabeth.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka berdua turut dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Stesen Janakuasa Battersea, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London pada hari sama.

Katanya, berkeluasan 16.99 hektar, Stesen Janakuasa Battersea adalah projek hartanah membabitkan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak tahun 2012 dengan nilai pembangunan kasar sebanyak £9 bilion (RM51.53 bilion). 

“Dari segi hubungan dua hala, United Kingdom adalah rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia pada 2021 dengan jumlah dagangan direkodkan di antara kedua negara sebanyak RM17.17 bilion, peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding 2020.

“Nilai eksport Malaysia ke United Kingdom pada tahun lalu juga telah direkodkan sebanyak RM9.78 bilion, manakala nilai import dari United Kingdom sebanyak RM7.39 bilion,” katanya.

Tambah beliau, Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan mengakhiri Lawatan Khas ini dan berangkat pulang ke tanah air pada 16 Oktober depan. – Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan