web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hisap Gam Dalam Kereta, Suami isteri Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 5:50PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Gara-gara leka menghisap gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata ia susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan kejadian dakwaan pasangan menghisap gam ketika memandu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu, pada 4 petang 7 Oktober lepas.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Melaka Tengah pergi ke Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan berjumpa pemilik kenderaan yang ditularkan itu pada 11 malam 8 Oktober lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

"Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana kesalahan kedudukan pemandu semasa memandu tidak membolehkan kenderaan dikawal dengan sempurna.

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan