web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Bantu Usahawan, Koperasi Kukuhkan Perniagaan - KUSKOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 7:38PM

Melalui Bajet 2023, KUSKOP menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM668,351,900, iaitu kenaikan sebanyak 21 peratus, berbanding peruntukan pada tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Bajet 2023 diharap dapat membantu usahawan dan koperasi mengukuhkan kembali perniagaan, sekali gus mempersiapkan golongan tersebut berdepan cabaran masa depan. 

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan memberitahu, pihaknya akan melaksanakan komitmen jitu bagi memastikan program dan inisiatif dirancang dikendalikan dengan baik. 

Menurutnya, usaha itu selaras dengan iltizam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Dalam bajet dibentangkan, jelas bahawa kerajaan amat komited terhadap agenda pertumbuhan ekonomi negara yang inklusif dan holistik. 

“Perkara ini terbukti daripada pelbagai inisiatif diumumkan dalam usaha membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengukuhkan kembali perniagaan mereka dalam era pasca pandemik dan ketidaktentuan ekonomi global yang mencabar ini,” katanya. 

Melalui Bajet 2023, KUSKOP menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM668,351,900, iaitu kenaikan sebanyak 21 peratus, berbanding peruntukan pada tahun ini.

Jelas kementerian itu, limpahan ekonomi daripada inisiatif Bajet 2023 akan membantu meningkatkan ekonomi setempat, seterusnya memastikan manfaat dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat. 

Jelasnya, fokus Bajet 2023 yang dipandu agenda 3R, iaitu Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis adalah strategi pengukuhan ekonomi serta sosial mampan. 

“Ia diyakini akan membantu mengembalikan keupayaan perniagaan pelbagai industri PMKS dan koperasi di negara ini. - Getaran, 8 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan