web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Hanya ‘Gula-Gula’, Rasuah Membarah Masih Diketepikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 3:58PM

Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2023 yang dibentangkan semalam dianggap hanya ‘gula-gula’ berikutan tidak mengandungi intipati besar bagi mendepani masalah utama negara, iaitu rasuah.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pengukuhan dan keberkesanan untuk mengelak ketirisan, masih lagi tidak diperincikan serta ditegaskan kerajaan. 

Menurut beliau, inisiatif bajet adalah bentuk perniagaan dalam anugerah kontrak tanpa penegasan terhadap perlunya tatakelola telus dan bertanggungjawab.

Dr Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid Yusof Rawa

“Dengan spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan sebelum hujung tahun 2022, Bajet 2023 hanyalah gula-gula tanpa ada intipati untuk mendepani masalah lebih besar, iaitu rasuah. (Ini) mengakibatkan ‘Keluarga Malaysia’ merana kerana keperluan bajet pembangunan sepatutnya dapat dinikmati lebih dari RM97 bilion menerusi bantuan itu. 

“Apa membezakan bajet kali ini hanya pengenalan Pemetaan SDG (Sustainable Development Goals) bagi sektor diperuntukkan berpandukan 17 agenda SDG. Ia hanya pemetaan, bukan peralihan dasar baharu,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion.

Belanjawan itu merangkumi empat teras fokus, iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, satu akta baharu untuk perolehan kerajaan (GPA) yang lebih telus diperlukan, di samping keperluan penubuhan akta fiskal bertanggungjawab (FRA). 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menjelaskan, terdapat keperluan perkara itu dilaksanakan untuk memantau perolehan dan tatakelola kewangan dalam kontrak kerajaan. 

“Bajet 2023 tidak memperkenalkan komitmen menangani rasuah, agar negara mampu melalui fasa pemulihan dalam membina ketahanan nasional yang memerlukan pengurusan lebih efektif dan sifar ketirisan.

“Isu kapal pesisir pantai (LCS) dan kapal peronda luar pesisir (OPV) dalam keperluan menjaga keselamatan maritim negara berpotensi berulang dalam pembekalan aset keselamatan negara. 

“Mendanai parti politik dan mengkayakan oligarki tidak ditangani serta rasuah dalam kontrak kerajaan, menjadi sistemik dan sudah membarah,” katanya. 

Mengulas lanjut, Pengerusi PH Perak itu berkata, hasil kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, berlaku ketirisan di dalam agihan kontrak terhadap kontraktor Bumiputera. 

“Sejumlah 10 peratus hingga 15 peratus daripada nilai kontrak diagihkan kepada pelobi atau orang tengah, manakala 13 peratus hingga 15 peratus kepada kumpulan politik dan birokrat,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad