web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Buat Ketetapan, Semua Konsert Secara Terbuka Tidak Dibenarkan - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 1:11PM

Mohd Firdaus Ahmad - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Kerajaan negeri telah membuat ketetapan bahawa semua konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan exco semasa Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini.

“Saya telah bentangkan isu ini dalam mesyuarat dan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri adalah melarang dan tidak membenarkan sebarang konsert secara terbuka di Kedah.

“Ada yang kata kerajaan negeri tidak benarkan buat sebarang penganjuran program, jangan salah faham..hendak buat program tiada masalah tetapi hendak selitkan konsert secara terbuka dalam program, itu yang tidak dibenarkan,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah mengenai perkembangan larangan konsert secara terbuka di Kedah.

Mohd Firdaus berkata sebarang pemohonan permit hiburan yang diminta oleh pihak penganjur kepada pegawai daerah tidak akan diluluskan sama sekali.

“Semua pegawai daerah sudah tahu prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kalau pemohonan yang diminta itu tepat, patuh SOP maka permit untuk menjalankan program akan diluluskan. Pegawai daerah akan pantau supaya kejadian yang sama tidak berlaku lagi.

“Bukanlah semua benda dilarang, contoh kalau konsert nasyid, busking atau program yang dijalankan di dalam dewan atau secara tertutup, ia mungkin akan dipertimbangkan oleh pegawai daerah,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.

Larangan itu berikutan baru-baru ini tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan anak muda, sambil melakukan pelbagai aksi antaranya menari di Balai Seni Alor Setar yang mengundang rasa rasa kurang senang, susulan diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad